Special Offer

Author

Taufan Sonamu: Langkah Berjaga-jaga

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ




Di petik dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia
Dikeluarkan pada pukul 06:33PM, 07 Januari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
 
Di Perairan Laut China Selatan

Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.3 U dan Longitud 108.3 T, pada jam 5:00 petang 7 Januari 2013, kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah & Bintulu) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sila pastikan kesahihan maklumat yang anda dpt.. Jangan cepat menyebarkan maklumat yang tidak tepat. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan terengganu akan tenggelam. Sila jangan bergurau mengenai isu bencana alam. Ini serious!!

P/S: Serious tak fhm dgn sikap manusia yang main-main dan buat orang panik dengan berita yang tidak tepat

9 Komentar untuk "Taufan Sonamu: Langkah Berjaga-jaga"

smalam pn bce psal ni.... dduk dkat ngan laut tkot gak la...

ada ke rumours mcm tu nani? teruk betul la diorang ni. benda mcm ni pun nak buat main.

wah....nani dah jadi blogger ramalan kaji cuaca. cayalah..hohe lama gile akak x jln2 blog org~

sapelah yg suke sgt mgeruhkan lagi keadaan tu eh..
gerammm..!

Time camni pun nk amek ksmptn ke?? ish2...ingat mende main2 ke!

Selamat pagi nani....betul tu, yg suka sebar fitnah dan berita yg tidak tepat itu sangat2lah tidak baik .

Macam2 hal la depa ni...tak baik lah

ada juga yg suka keruhkan lg keadaan haishhhhh

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top