Special Offer

Author

Taufan Sonamu Di Ramal Melanda Malaysia

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Tengah malam buta terlihat status tentang Taufan Sonamu yang bakal melanda Malaysia, khususnya pantai timur.. Mata yang mengantuk dan hampir lelap terus segar. Saya mencari kepastian di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.


Di petik dari MMD.

DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 06 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (67)

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada  08:52PM 06 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan. 

 Maklumat ini pula di petik di e-press Jabatan Penerangan Malaysia


KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA : AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
PEN: 1/2013/1 (MKN)
UNTUK SIARAN SEGERA

PEN: 1/2013/1 (MKN) 

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:-

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
5 Januari 2013

1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai. 

2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai. 

3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan. 

4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir. 

5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir. 

6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.

Just saw somebody tweet Pantai berhampiran Pantai Batu Buruk dah banjir and student dah kena pindah dan polis sedang mengawal. Let's pray!!

Walaupun hanya AMARAN dan RAMALAN, kita hruslah berjaga-jaga serta berdoa kepadanNya. Hanya Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kun Fa Ya Kun!
15 Komentar untuk "Taufan Sonamu Di Ramal Melanda Malaysia"

Moga ALLAH lindungi kita semua dan Moga semuanya dalam keadaan selamat dan terkawal....


Aaminn..!

semoga semuanye selamat esok...amin :)

semoga Allah melindungi kita...amin..

moga kita semua dilindungi dari bencana ini..

Mudah2an kita dilindungi yang Maha Esa....
Insyaallah.....

Nauzubillah. harini mmg berangin2 je. maybe kat pantai lg kuat anginnya.

semoga kita semua dilindungi... deno pun risau.. skrg kat KT cuaca pu mendung je.. angin pun kuat semacam..

p/s: naniey, nape ya blog nani mcm lambat loading.. biasanya mesti jadi hang bila deno buka blog naniey...

Buat masa ni Pantai Batu Buruk, cuaca terang jer tak nampak tanda tanda nak hujan. Semoga berkekalan. Ada hospital kat sini. Minta Allah melindungi kawasan ini... insyaAllah.

berita baru..amek langkah berjaga-jaga..mohon kita semua di bawah lindunganNya..Ameen~ =)

Moga ini sekadar ramalan...moga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T..Amin!

harap2 ramalan ini tidak benar.. semoga kita dilindungi Allah

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top