Special Offer

Author

Fakta Pap Smear

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Pap Smear adalah ujian saringan untuk kanser serviks termasuk pemeriksaan pelvis dapat membantu mengesan kanser seviks di peringkat awal. Jadi, ujian Pap Smear sangat penting buat semua wanita. 



Fakta Pap Smear.

  • 23 peratus wanita menyatakan tidak perlu melakukan Pap Smear kerana menganggap mereka tidak mungkin menghidap barah pangkal rahim
  • Faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus, diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung (20 peratus).
  • Barah pangkah rahim menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun.
  • Setiap dua minit, seorang wanita meninggal dunia di seluruh dunia.
  • Di Asia Pasifik di anggarkan 266,000 kes barah pangkal rahim di sahkan setiap tahun dengan kira-kira 143,000 penghidap meninggal dunia.
  • Kajian terbaru juga menunjukkan peningkatan sistem imunisasi yang tinggi selepas empat hingga enam tahun suntikan walaupun di kalangan mereka yang berusia 45 tahun.
  • Usia terbaik untuk mendapatkan vaksin ini adalah ketika berusia 12 tahun
  • Ia juga masih memberikan manfaat kepada wanita berusia 35 hingga 40 tahun ke atas bagi mencegah daripada mendapat barah pangkal rahim pada masa depan.
  • Ujian Pap Smear sangat mudah, tidak menyakitkan serta terjamin. Luangkan masa selama 10 minit daripada waktu kerja untuk lakukan ujian berkenaan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta seluruh negara.
  • Pemeriksaan berkenaan hanya mengambil masa tidak lebih daripada 5 minit.

Sumber: Kajian LPPKN pada 2003 di kalangan 100 wanita di negara ini. 

Tahukah Anda??
Semua wanita yang pernah melakukan seks berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan Pap Smear dengan segera ialah
*Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks
*Mereka yang kerap bertukar pasangan
*Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman berbahaya.


P/S: Sapa yang da kahwin and belum buat lagi ujian ni?? Kalau da buat share ler sikit. Ada orang ckp sakit and ada ckp tak sakit..
16 Komentar untuk "Fakta Pap Smear"

Macam takut je dengarkan...
teringin juga nak tahu pengalaman org....

kita kna wat jgk tak nani?huhu..tkt la bab2 sakit serius ni..

huhu..Kak MV tak pernah buat..nak kena buat ni...huhu

seriau bila nak kena buat pap smear ni lagi hehehe

Pap Smear ni memang penting....
Doktor penah cakap dengan AJ seeloknya buat pemeriksaan setahun sekali masa AJ check lump tu....
Tu dia terangkan pasal ni kat AJ...
Dia cakap tak sakit tapi rasa tak selesa...

huwaaa kak ina mggu depan nak kne buat... nurse suh buat awal bulan br ni tp kak ina takut.. tp dah janji dgn nurse, akan buat awai bulan dpn.. adehhh... seriau plak tgk gambar ni...

nanti dh buat, kak ina wat entry :-)

aah tu lar. ada yg cakap sakit, ada cakap tak sakit. xtau mana betul.

Anak dah dua tapi tak pernah buat pap smear. Takut.

kak intan x pernah pon buat ujian ni..nak tau juga sapa2 ada pengalaman leh la share kit kan

sepanjang hidup CiM dh buat ps 2x, both selepas 6bln bersalin. ini normal tp sepatutnya kena buat 2thn sekali. pencegahan awal tu yg penting, mmg sakit tp sikit jer tk mungkin akn bw sakit tu kemlm.

mesti kena buat tau naniey!

X penah buat, dan x penah tau pun kepentingannya...thanks nanie utk info yg berguna ni..

uish..x boleh pandang ringan kes ceni..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top