Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sambutan Hari Jadi & Akikah Cucu Jiran

 Assalamualaikum... 

Sambutan Hari Jadi & Akikah Cucu Jiran | Pejam celik pejam celik dah setahun dah Aireen (cucu Acik Ros). Teringat setahun yang lepas masa sidai baju, Acik Ros bagitau menantu Acik dah selamat bersalin baby girl. 

Hari ni anak menantu Acik Ros buat akikah dan sambutan hari jadi sekali. Tapi kan yang paling excited anak anak aku. Korang dah kenapa. Tak sabar sabar nak pergi rumah Atok dan Nenek.  

Lepas solat Zohor dan nampak orang yang datang dah tak ramai baru kami pergi. Naura dan Aryan dah menangis dah sebab lambat sangat pergi. Haishhh.. 

Pakai Aqeel baju melayu raya haji yang tak sempat dia pakai sebab tak dapat discharge lagi. 

Makanan semua sedap tapi tak de gambar. Aku lupa bawa fon. Dah kenyang makan aku balik rumah jap tengok Aqeel tengah tidur. Lena dia tidur. Then aku pergi semula sambung makan kuih yang belum habis. 

Sarung je la apa yang selesa kat kaki. 

Muka terpaksa mommy nak ambil gambar. 

Goodies yang dinanti nanti anak bila pergi majlis. 

Alhamdulillah selesai majlis. Hadiah pun last minit beli semalam. Nasib baik boleh cari yang ada option instant delivery. Bila Thaipusam ni memang aku terperuk je kat rumah. Tak sanggup nak hadap jem. Jalan banyak tutup kan 😀. 


Tag : emovere
0 Comment for "Sambutan Hari Jadi & Akikah Cucu Jiran "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top