You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Bedak Agnesia Untuk Ruam, Gatal Badan, Jerawat

Assalamualaikum

Pernah tengok bedak ni? Kebetulan tengah clean up then baru perasan bedak ni dah expired. Memang lame dah pun tak pakai. Beli ni pun tahun 2012 kalau tak silap sebab member cakap bagus untuk tepek kat jerawat. Try la beli. Memang menjadi. Bedak macam ni kalau nak cari ada kat kedai runcit india, atau kedai kampung je. Itu pun kalau ada lagi kat kedai kampung.




Bedak ni berubat, jadi bagus untuk kalian yang ada ruam.Kalau baby ada ruam pun ada yang letak bedak ni. For me bedak ni bagus untuk jerawat dan juga those yang ada jerawat kat belakang. Euwwww... Menderita kan kalau ada jerawat kat belakang. Parah tengok penuh kat belakang dengan jerawat. Alhamdulillah saya hanya kat muka. Kat belakang pernah sekali dua sebab berpeluh then bile dah berpeluh lambat mandi. Amik kau, naik jerawat satu dua. So lepas mandi pakai bedak ni kat belakang badan. InshaAllah hilang. 



Repurchase?
Yes, jika memerlukan.

Dapat tengok tak kandungan bedak berubat ni?  Ada zinc oxide 25%. Tertulis juga diluluskan oleh KKM.
Harga bedak saya beli ni RM4.80 sahaja. Bukan pakai selalu pun. Sampai dah expired dah.. Grrr... Till then... Have a great day...

1 Comment for "Review Bedak Agnesia Untuk Ruam, Gatal Badan, Jerawat "

dari kecik suka pakai bedak ni..sebab kulit sensitif senang gatal-gatal..best..:)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top