You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sleeping Pattern Yang Perlu Di Ubah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Jam dah pukul 3.45 pagi tapi mata masih segar. Walaupun tak tidur petang tapi mata rase segar macam baru bangun pagi. Masalah tidur ni memang since zaman sekolah lagi. Dah terbiasa tidur lewat mesti di atas jam 12 kecuali letih sangat-sangat kalau ada kem or program or balik kampung memang awal la tidur. Masuk U dah bebas dari family, boleh tidur anytime je bahkan tak tidur pun pernah bile nak exam and paper waktu pagi. Masuk zaman keje (office hours 9-5.30) nak tak nak kena paksa mata tidur jugak paling lewat 1.30 pagi. Tapi pernah jugak dua tiga kali tak tidur. Tapi time keje ni memang disiplin sikit sebab nanti affect  working hours pulak. Nak keje pun tak de semangat. Tidur? Memang tak boleh tidur ye ofis saya dulu. Setiap masa KENA REKOD buat keje apa.


Bile dah berhenti keje dan keje sendiri masa keje bergantung pada diri sendiri. Virtual Office. Working anywhere anytime. So mula la kan tidur pun ikut suka hati. Bukan tak nak tidur tapi bile nak tidur pusing kiri pusing kanak otak duk fikir. 

Antara perkara yang saya pernah cuba buat untuk bagi mata mengantuk 
  • Baca buku. Biasanya bile baca buku mata akan mengantuk tapi saya bile baca buku mata makin segar.
  • Sleep therapy music. Menjadi tapi tak berapa efektif sangat sebab ambil masa lame jugak nak bagi mengantuk
  • Dengar ayat Al-Quran. Mata segar jugak sebab sambil dengar sambil baca. Poyo je nak bercerita tapi tetap nak bagitau sebab ada yang mencadangkan cara ini.
  • Spiral therapy. Yang orang guna untuk hypnosis orang tu. Saya cube dengar and tengok sampai mata mengantuk. Saya dengar yang ada guide atau yang tukang arah. Menjadi tapi tak kan la hari-hari nak macam tu. Grrrr
Akibat dari kurang tidur adalah seperti badan letih dan kadang rasa macam malas. Huh.. Kulit pun jadi tak cantik bile kurang tidur. Lepas tu mata bengkak eyebag  hitam. Arghhhh stresssnyeeee...

Jadi di sebabkan sleeping pattern yang makin teruk saya pun nak ubah sebab saya pun tak selesa macam ni dan kelmarin (rabu) merupakan hari pertama saya cuba tidur awal. No caffeine, lepas tu mata dah mengantuk petang tu before asar tapi tahan jangan tidur sebab nak tidur awal. Alhamdulillah malam tu dapat tidur awal. Dalam 1 lebih dah tidur then bangun jam 5.45 pagi. Semalam pun sama tapi lebih awal tidur dalam pukul 11 dah tidur. Yeayyy berjaya. Tak sakit kepala bangun pukul 5 pagi.  Kalau sebelum ni memang sakit kepala kalau tidur lebih awal dari jam 12 malam. Memang dah set nak tidur 6 jam je. Apa yang penting adalah no more white coffee after 8pm. Coffee lain boleh buat for the time being no caffeine at night! Susah nak disiplinkan diri bile relates dengan coffee ni. Sekarang dah ubah masa minum white coffee. Minum waktu siang je. Next monday nak try morning walk ambil angin segar. Dah lame tak ambil angin segar sejak malas nak berjalan keluar waktu pagi ni. Ok jugak kan? Fresh air gitu walaupun tak de la fresh sangat pun kat KL ni kalau nak dibandingkan dengan kampung. 

0 Comment for "Sleeping Pattern Yang Perlu Di Ubah"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top