Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cuci Poket Di Eco Shop M3 Mall

 Assalamualaikum .. 

Cuci Poket Di Eco Shop M3 Mall | Di sebabkan dah lama sangat tak keluar, jadi semalam Lurviey ajak keluar tapi aku tak nak pergi jauh nak keluar area rumah je either ke M3 Mall atau KL East Mall. 

Hari bermula dengan mengisi perut di Warung Arshad Bawah Pokok dulu sebelum masuk ke M3 Mall. Rasanya ni first time Aqeel masuk M3 Mall. Kami ke Hot Market dulu cuci mata jap sebelum turun ke Eco Shop. Rasanya dah tukar management/hak milik kot sebab sebelum ni namanya New Market tapi masih lagi menjual barangan yang sama dan harga pun masih sama.

Ais krim lagi.. 🙄

Masuk Eco Shop memang mengutip tak ingat dunia dah anak anak ni. Dah settle 'cuci poket' kat Eco Shop singgah Mixue pula dengan niat nak cuba Coffee Series tapi malangnya sold out dan cashier inform semua outlet sold out. Emmmm.. 

Aqeel 'super excited'

Settle makan ais krim kat Mixue, anak anak ajak main kat atas pula. Layan je la hari ni sebab esok mommy dan daddy busy kerja walaupun mommy work from home je tetap la tak dapat nak keluar jalan jalan. Dah siap main terus ke Restoran Awal Maju pekena nasi kandar. Nak makan TCRS confirm ramai orang dan nak ke Boy Nasi Ayam pun macam malas nak berpusing cari parking. 

Hasil cuci poket di Eco Shop hari ni. 

Mainan Aryan

Macam macam Aryan ambil tadi dan ada yang dah pernah beli sebelum ni. Ada juga yang not worth it even RM2.60. Jadi suruh dia buat pilihan mana yang dia nak dan mana yang perlu letak. Susah betul nak 'nego' dengan budak dua pusar ni. 😌

Buku Untuk Naura

Buku latihan tahun 1 untuk Naura. Aku cari matematik tapi tak de. Jadi yang ada english, sains dan bahasa melayu. Cuti sekolah bermula jadi nak suruh Naura buat latihan untuk mahirkan lagi tahap membaca dia.

Pencil warna, buku warna, A4 Paper dan Pen Warna

Selipar dan stoking ☺️

Pillow case, pins, dan zipper bag

Pillow case tu aku beli untuk DIY buckwheat pillow case Aqeel. Tak tahu la jadi ke tidak nanti. 🫣

Wet tissue, pan & span basuh pinggan

Pan tu Lurviey yang ambil. Hurmm.... Wet tissue tu untuk buat lap tangan, meja, kerusi kat kedai makan.  Ada bau pula tu. Adehhh ! Lurviey juga yang ambil  wet tissue tu. 

Makanan ? 

Biasa banyak juga makanan (jajan) yang dibeli kalau masuk kat Eco Shop. Kali ni ada cocopie je. Pelik betul. Zus Ngupi Kopi Cham tu aku tak pernah cuba jadi aku beli nak rasa. 

Sekian, weekend aku 🥰 


P/S : Busy Monday !!
 
 
Tag : emovere
0 Comment for "Cuci Poket Di Eco Shop M3 Mall "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top