You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Untuk Elakkan Muka Berpeluh

Cara Untuk Elakkan Muka Berpeluh | Petua Elakkan Muka Berpeluh Selepas Make Up | Petua Make Up Tahan Lama | Skin Icing 


Assalamualaikum 

Sapa ada masalah kulit muka mudah berpeluh especially lepas make up? Alhamdulillah saya jarang berpeluh kat muka. Cume bile buat intense workout baru la berpeluh sampai kat muka atau duk kat tempat panas untuk jangka masa yang lame tanpa bergerak. Lol..  Kalau make up mesti tak selesa bile muka berpeluh kan? Abis bercapuk muka. Dah nak kena touch up balik..  



Kat bawah ni petua khas untuk kalian yang mudah berpeluh lepas make up.

Sebelum mengenakan solekan, tekap wajah dengan ais. Petua ini dikatakan dapat mengecilkan liang roma dan mengurangkan masalah kulit berminyak. Ni kiranye 'skin icing' la. Saya pernah buat kejap hari tu. Lepas tu dah malas beli timun dan peti kat hostel saya ni dah rupe apa pun saya tak reti nak cakap. Semak mata saya tengok!

Jika menghadiri majlis di tempat terbuka, biasanya wajah lebih cepat berpeluh. Tekap wajah dengan kertas minyak (blotting paper). Jangan sapu tetapi tekap, ia tidak akan mencomotkan solekan anda. Saya masih ingat masa lunch dengan GM zaman keje dulu die cakap kalau gune blotting paper ni menggalakkan lagi pengeluaran minyak. Ada a few website pun ada cakap tentang ni. Seumur hidup saya baru sekali beli, kononnya feeling bile muke berminyak, bukak handbag keluarkan blotting paper tekap kat muka. Cewahhh, tu pun beli yang murah je pun, blotting paper kat Daiso. RM5 je. Pakai lima enam kali then pass kat adik.

Elak solekan yang terlalu tebal. Jangan sesekali memakai bedak asas dengan banyak sebaliknya sapu secara nipis dan kemas. Ia membuatkan kulit kelihatan lebih natural dan solekan tidak bercapuk. Ni of course la kan kalau pakai tebal tambah plak dengan minyak lepas tu peluh maka abis la muke bercapuk..

Agar solekan tahan lama dan tidak pudar, semburkan penyegar muka (spray mist). Ini membantu mengekalkan kelembapan kulit dan membuatkan solekan kekal cantik. Setakat ni saya pernah beli brand Daiso je. Brand lain belum pernah cube. Spray mist ni juga dipanggil setting spray. Ye ke? Sila betulkan kalau tak betul.. Untuk face mist brand Daiso ni memang tak sesuai dengan muke saya sebab lepas saya pakai tu naik jerawat..Grrr.. Apa brand yang best untuk spray mist atau setting spray? Cer bagitau wahai  Malaysian Beauty Blogger. 

Baru ada masa nak publish.. Banyak lagi yang pending dalam draft. Minggu ni saya update entri First Impression Review DERMAVIB.

0 Comment for "Cara Untuk Elakkan Muka Berpeluh "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top