You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Pengalaman Menggunakan Aplikasi Carousell Untuk Kaki Shopping Online

Aplikasi Carousell | Review Carousell | Portal Jual Beli Malaysia 


Assalamualaikum

Pernah dengar Carousell? Carousell merupakan salah satu aplikasi jual beli yang memudahkan penjual dan pembeli menjual atau membeli dengan mudah dan ianya adalah PERCUMA! 'Sell in a snap. Buy with a chat'. Sejauh manakah Carousell ni bagus untuk pembeli dan juga penjual? Saya akan kongsikan pengalaman saya selama menggunakan aplikasi ini. 

Aplikasi ni seperti Instagram di bahagian Browse kalian boleh lihat kategori produk dan barang yang dijual di bawah kategori tersebut. Terdapat pelbagai kategori seperti kecantikan, barang dapur, fesyen muslimah, gajet, buku, aksesori dan banyak lagi. Activity pula adalah seperti notifikasi yang menunjukkan siapa yang follow, like dan komen di gambar kalian. ME adalah profil kalian.


Seriously aplikasi ni memang mudah.. SNAP, LIST, SELL dalam masa 30 saat. Klik bahagian SELL dan upload gambar produk (tidak lebih dari 4 gambar). Pilih kategori produk, details produk, harga dan publish. Siap! Tak perlu tunggu post iklan kena review dulu macam di mudah.my.


Bagi pembeli yang berminat dengan produk di Carousell misalnya seperti baju di bawah ni, kalian boleh terus klik Chat dan bertanya langsung dengan peniaga.



Pengalaman Menggunakan Carousell
  1. Satu aplikasi yang memudahkan penjual dan pembeli seperti e-commerce website.
  2. Customer boleh terus baca keterangan, deal terus dengan pembeli melalui button chat 
  3. Boleh Made An Offer - cume kadang kala ada pembeli yang keterlaluan dalam 'Made An Offer'.
  4. Ada menunjukkan lokasi penjual dan pembeli boleh cari penjual yang willing to COD/Self Pick Up Service
  5. Secara keseluruhannya aplikasi ni best tapi lagi best kalau pihak Carousell letak ruangan untuk video sebab ada barangan yang memerlukan video seperti alat senaman. (my pov as a seller)

Tak kira apapun aplikasi dan laman iklan seperti Instagram, Facebook, Mudah.My, Carousell, risiko untuk kena tipu tu memang ada. Jadi sebagai pengguna yang bijak kena pandai-pandai la selidik latar belakang pembeli sebelum membuat sebarang transaksi.



0 Comment for "Review Pengalaman Menggunakan Aplikasi Carousell Untuk Kaki Shopping Online "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top