Cara Mohon AP Sirim Permit

Cara Mohon AP Sirim Permit | Macam Mana Nak Apply AP Sirim Permit | Bayaran Untuk AP Sirim Permit | Step Untuk Isi Borang AP Sirim Permit | Apply Online AP Sirim Permit


Assalamualaikum

ENTRI PANJANG !! KALAU MALAS BACA GUNAKAN KEMAHIRAN MEMBACA. CARI POINT POINT PENTING !!

Ada sesiapa yang pernah ada problem order barang dari oversea stuck kat kastam dan tak boleh release sebab tak de sirim? Meh sini nak kongsi sikit pengalaman saya barang stuck kat kastam. Normally kalau order barang dari luar guna DHL, dalam masa 3-5 hari confirm dah sampai kat tangan. Tapi kali ini saya pelik barang asyik status yang sama sahaja (clearance event). Saya pun terus email DHL tanya kenapa barang saya beli clear lagi. Rupanya ada masalah. Fuhh.. Atas pertolongan PIC daripada DHL Ms Kennedy lebih mudah saya nak berurusan dengan pihak sirim.

Permohonan Sirim Permit melalui online.
  1. Call PIC - daripada no yang diberikan oleh Ms Kennedy saya liasse dengan Pn Ada. Alhamdulillah ok. Tapi Pn Ada cakap kite kena email dulu kat sirimepermit@sirim.my dan sertakan terus borang K1 dan juga surat daripada DHL atau courier kalian. 
  2. Setelah dah sent request assistance or form, dalam mase 24 jam kalau pihak sirim tak de respon kalian call je terus inform or tanya dah terima or belum email yang kalian sent untuk further action. 
  3. Isi borang yang diberikan oleh pihak sirim. Ada 3 docs yang kalian kena isi (1 checklist, 2 set borang) - yang saya kongsikan disini untuk special approval smartphone. Boleh refer kat bawah
  4. Buat payment pada pihak sirim. Untuk special approval smartphone ni saya kena bayar RM107.60. (lain item lain harga, jadi kalian kena call dan rujuk dengan sirim)
  5. Dah settle bayar attach semua docs yang diperlukan oleh pihak sirim. Refer pada checklist
  6. Tunggu respon daripada pihak sirim. (lagi mudah lepas submit terus call inform kalian dah sent docs, mohon pihak Sirim check). 
  7. Lepas sent, kalian akan terima email daripada pihak Sirim borang akan diproses. So kalian tunggu lagi dalam mase 24 jam. 
  8. Dalam mase 24 jam kalian akan dapat Sijil Kelulusan (Certificate of Approval)
  9. Bila dah dapat COA ni terus forward kat agent shipping kalian (DHL, Pos Laju, Fedex).
  10. Nanti boleh check status tracking, item dah clear daripada kastam. 


Kalian boleh baca email yang saya dapat ni. Boleh walk in atau apply secara online sahaja.


Ni borang borang yang kalian kena isi

Application checklist.


Tariff code kalian boleh refer kat Form K1 yang dikeluarkan oleh courier.  


Contoh product brochure (boleh mintak dengan seller kalian. Yg ni saya mintak dengan seller yang saya beli dan kemudian edit sendiri)

Attach bukti pembayaran dan juga salinan ic depan dan belakang. Jangan lupe palang kat IC tu ye. KLIK SEND dan tunggu la sampai kalian dapat COA. Saya dapat dalam mase 24 jam. 18 Dec saya sent, 19 Dec pagi saya dah dapat. Alhamdulillah. 

Ni la contoh COA tu. Kenapa name Mohd Redzuan (Lurviey), sebab saya buat alamat rumah Lurviey untuk item ni. So mase mohon ni pun kena buat alamat penerima la. 

Mudah je. Boleh buat sendiri. Tak perlu guna agen. Jimat duit. Lepas ni dah serik rasanya nak beli barang yang belum official release kat Malaysia, nanti jadi macam ni.. Nasib baik kena bayar RM107.60 je.


Item dah selamat terima tengahari tadi. Alhamdulillah. Barang sampai 10hb lagi lepas tu status keluar clearance event je. 18hb settle sent borang, 19hb dapat COA, 20hb terima barang. Mudah kan? Semoga entri ni dapat bantu kalian yang ada masalah macam saya. First time tau kena apply sirim permit ni. Beli tiga smartwatch sebelum ni nasib baik tak kena apply sirim. Ada yang order bluetooth earphone pun kena apply sirim tau.


4 Komentar untuk "Cara Mohon AP Sirim Permit "

Selpas dah settle permit sirim tu gst tk kena ke keatas phone tu?

Slepas settle permit sirim tu, couriers tk knakn gst plak ke? So kna buat permit ja la?

Slepas buat permit sirim tu, couriers tk kna kn gst ke keatas phone tu? So kna buat permit je la?

@halim rahim kalau DHL x kena apa2 pun. Hanya perlu byr kt sirim tu shj.. Then barang release dari Kastam

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top