Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Roti Sarang Burung Telur Satu

 Assalamualaikum.... 

Roti Sarang Burung Telur Satu| Kelmarin breakfast kat Kopitiam Lembah Melewar lagi. Aku rasa ni memang port fave aku sekarang tapi weekend je la sebab mi kari available weekend je. Hehe .. 


Lurviey order Roti Sarang Burung nak try katanya. Ramai juga yang order Roti Sarang Burung.  Bila sampai Lurviey krik krik pula nampak telur putih tu masih belum masak sepenuhnya. 

Telur putih kan berkait rapat dengan Salmonella kan dan boleh menyebabkan keracunan makanan kan? Lurviey memang trauma bab keracunan makanan ni sebab 6 tahun lepas gara gara keracunan makanan ni sampai kena buat angiogram tau. Boleh relate tak keracunan makanan boleh buat bacaan ECG tu lari dan macam ada masalah jantung. Nasib baik ok je lepas buat angio tu. Tak de apa apa masalah jantung pun.

Jadi aku cakap kat Lurviey makan roti je la. Nanti aku makan telur tu. Lagipun telur kuning goyang goyang (half cooked) ni memang dia tak suka. Masa aku nak habiskan telur ni pun aku buang bahagian putih yang tak masak tu. Macam mana la jepun boleh makan nasi gaul dengan telur mentah macam tu je kan? 

Tag : food
0 Comment for "Roti Sarang Burung Telur Satu"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top