Pengalaman Buruk Servis Kereta Sewa Di Kelantan

Pengalaman Buruk Servis Kereta Sewa Di Kelantan | Servis Kereta Sewa Kelantan | Sewa Kereta Kelantan


Assalamualaikum 

Baru sempat nak kongsi pengalaman buruk dengan perkhidmatan kereta sewa di Kelantan. Sebelum ni pernah sewa kereta di Kuala Lumpur untuk pergi Penang. Alhamdulillah servis tip top. 

Pada 27 Ogos saya whatsapp si polan yang menyediakan servis kereta sewa. Plan saya nak ke Terengganu, jalan makan angin dengan Lurviey. Kereta yang available timetu Axia Manual. Harga RM320 untuk 3 hari. 

29 Ogos si polan minta dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, lesen memandu dan bil astro,air or elektrik beserta bayaran penuh. Si polan datang hantar kereta dan kami pun dapat kunci kereta. Dalam 15 minit selepas dapat kereta tu kami pun teruk bertolak ke Terengganu. Kecewa sangat bila dapat kereta yang sangat teruk. Alignment lari, tayar pun botak.. Tak sampai 5 minit perjalanan kami patah balik ke rumah semula. Try call si polan nak inform sampai ke sudah fon tutup. Lagi la kami bengang. Apa teruk sangat bagi kereta kat customer macam tu. Dah la saya dah booking resort, tapi nasib baik boleh cancel. Alhamdulillah.. 

Lepas solat Asar baru dapat call si polan tu, then die ok la kat whatsapp and mase by call tu, Lurviey cakap nak sent kereta sebab alignment lari teruk. Mase jumpa nak bagi kereta tu dengan muke tak masam mencuka tak bagi salam, tak minta maaf, tak pandang muka kami pun, bagi duit semula kat tangan Lurviey, ambil kunci kereta dan terus blah dari situ. Such immature person !! Mase pergi hantar kereta tu, pergi dengan mama dan adik lelaki. So, otw balik dari hantar kereta tu adik bawa pergi kat tempat sewa kereta yang lain tapi malangnya dah tutup. Time tu pun jam dah nak pukul 6 petang. 

Kami decide untuk cancel jalan jalan ke Terengganu. Maybe next time la... Resort pun dah cancel. Lurviey cakap mase nak hulur duit kat si polan tu die tolak. Tak nak ambil duit. Nak bagi sebab Lurviey kata kesian kite cancel. Bile kira balik duit yang si polan tu bagi, die dah ambil RM50 pun. 

Malam tu die whatsapp panjang lebar kemudian blocked no kami. Lol... Die kata die test drive alignment tak lari teruk. Tetiba pulak die cakap mungkin kami kat KL ni drive Merc or Audi. Tetiba pulak nak sentap cakap kereta sewa die kereta sewa kampung cabuk je. Kalian baca sendiri la printscreen kat bawah ni... Nak gelak pun ada baca mesej die sebab langsung tak profesional. Customer komen bagi feedback ambil dan improve la servis lepas ni. 
servis kereta sewa kelantan murah

servis kereta sewa kelantan murah

servis kereta sewa kelantan murah

Boleh pula cakap kalau alignment lari boleh pergi buat sekejap kat bengkel. WTH.

0 Komentar untuk "Pengalaman Buruk Servis Kereta Sewa Di Kelantan "

IKLAN


Back To Top