Pengalaman Bersalin Di Hospital Kuala Lumpur

Pengalaman Bersalin Di Hospital Kuala Lumpur | Pengalaman Emergency Ceaser | Wad Bersalin HKL | Wad Bersalin Kelas Ketiga HKL

Assalamualaikum... 

Seminggu sebelum bersalin kena admit ward sebab batuk, selsema dan demam. Biasanya kalau demam, selsema batuk, saya tak pergi pun hospital, tapi kali ni sebab pregnant dan risaukan baby dalam perut saya pergi juga. 7 hari dalam ward, hari Sabtu boleh discharge walaupun lendir dan darah memang da ada da dua hari sebelum discharge tapi doktor cakap boleh discharge sebab bukaan baru 1cm. Normally anak pertama lambat sikit. Yay, boleh balik !! Baru je discharge, dah keluar pos barang customer yang pending. Kemudian pergi bazar ramadhan HKL sebab teringin nasi kandar Haji Sulaiman.


Malam tu perut da mula rase memulas tapi buat tak tahu je.. Baru je discharge setelah seminggu warded. Tapi doktor dah pesan kalau rasa sakit perut, pecah ketuban terus datang hospital. Waktu subuh, da mula rase macam kerap je sakit perut tu. Pukul 9 inform Lurviey, nak pergi hospital sebab da mula rase memulas. Tapi masih boleh tahan. Siap mandi, ambil barang yang nak kena bawa, sebab saya rase macam dah sampai mase je. Dalam kereta makan biskut je. Selamba je makan bulan puasa. Sampai PAC terus pergi kaunter cakap saya rase memulas perut. Instead of using word contraction, saya guna word memulas. Lol ! First time la katakan. Then ambik BP, berat badan semua.. Lepas tu benda paling saya tak suke adalah 'kena seluk' aka VE (Vaginal Examination) . Lagi parah kali ke 5 kena VE ni dengan doktor lelaki. Malunye...Tapi bile perut da sakit dan ada seribu macam perasaan, tak peduli tentang malu da. Fikir keselamatan baby je kat dalam.

Lepas seluk, doktor cakap da buka 3cm.. Time ni dah mula rase tak selesa. Duduk pun tak selesa. Muka masih boleh buat cool. Then pergi kat Lurviey di ruang menunggu inform die, da bukak 3cm da. Saya bagitau Lurviey "ntah ntah malam ni dah ada baby" . Then nurse suruh register masuk wad. Contraction makin kerap.... Kena seluk lagi.. Bukaan masih sama. Then nurse tolak guna wheelchair ke wad. Sampai wad, katil penuh pulak. Saya makin rasa tak tahan.. Kena paksa makan sebab nanti nak guna banyak tenaga. Memang tak de selera la nak makan sebab perut mengeras memulas. Kemudian buat CTG rasa azab gile sebab tak boleh mengiring kecuali kalau nurse suruh mengiring. Sepanjang pregnant memang tidur mengiring je kot jadi bile kena telentang rasa macam menekan dan tak selesa. Contraction makin kerap, doktor check jalan, dah buka 5cm. Perasaan time tu berdebar pun ada, tapi kesakitan tu da menutup rasa takut dan berdebar tu semua. Doktor cakap dah boleh tolak ke labor room. Sakitnya saya rasa time tu dan terus teringat mama. Macam mane la mama rasa masa nak lahirkan saya..

Semakin lame semakin sakit. Saya mintak doktor bius je (cucuk kt bontot) tapi tak boleh sebab bacaan jantung baby tak cantik. So, dorang bagi gas je untuk sedut. Langsung tak de ffect pun bagi saya. Grrr... Dalam menahan kesakitan tu, nurse yang ada bagi semangat dan juga suruh baca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin" ... Bile dah sampai bukaan 10m doktor ckp da boleh push. Almost 1 hour saya push baby tak dapat keluar and they check kepala baby dalam keadaan mendongak. Refer pakar and pakar cakap kena operation. Nak vacuum pun tak boleh. Sumpah tak pernah terfikir kat otak pun akan hadap c-sect. Pasrah walaupun rase macam frust gile. Doktor cuba tenangkan saya dan bagitau bukan salah saya pun. Dah sign terus tolak masuk OT. Dalam OT dorang suruh sign utk epidural. Saya pun day tak larat tak de tenaga. Lepas injection langsung tak sedar. Last saya ingat dorang tanye ada rase apa-apa tak. Time tu tengah belah perut la... Saya terus tak sedar hingga dengar bunyi baby nangis. Buka mata kejap then pejam balik. Nurse datang kejutkan dan tunjuk jantina baby and muka baby. Saya dalam keadaan tak larat kiss baby sekali lepas tu sedar semula mase sampai dalam wad nak beralih katil. Baby lahir jam 8.37 malam, saya kat wad jam 11 lebih. Baby kat NICU masuk oksigen.. Lurviey je pergi tengok baby tapi tak dapat ambil gambar baby. Saya rest dalam keadaan dahaga sebab tak boleh nak makan dan minum lagi...

Nanti sambung part 2 pulak ye. Panjang sangat ni...


0 Komentar untuk "Pengalaman Bersalin Di Hospital Kuala Lumpur "

IKLAN


Back To Top