Bekas Simpan Gelang Kristal Murah

Bekas Simpan Gelang Kristal Murah | Jewelry Organizer Murah | Bekas Simpan Kristal Murah

Assalamualaikum 

Korang tahu tak aku sudah terjebak dengan gelang kristal. Baru je terjebak bulan lepas mase PKPB ni. Tengok Live kat Shopee, then macam tertarik untuk beli. Sebelum ni memang aku minat gelang kristal ni cume tak ambil tahu sangat kelebihan batu batu tu semua. So, bile dah tahu sikit sikit ni mula la membeli. Dah beli banyak tak de tempat pulak nak simpan. Maka aku carilah kat Shopee yang murah murah tapi ada kualiti. Bile membeli barang kat shopee ni aku akan tengok rating 1 star dulu kat kedai tu. Then macam mane seller solve problem like barang pecah or rosak bile sampai kat tangan buyer. 

Aku jumpa kedai yang jual Jewelry Organizer yang sangat murah dan yang penting READY STOCK MALAYSIA. Shipping pun cepat cuma slow sikit kat courier tapi bukan salah seller tau. Ni aku tengok, courier yang lambat hantar, korang rate seller dengan satu dua bintang disebabkan courier walhal seller dah bagi servis terbaik dah. Tak baik korang tau !! 

Ni la jewelry organizer yang aku beli tu. Cantik tak? Saiz sesuai dengan harga. Aku ingat dah cukup nak letak gelang aku then konon nak cleansing crystal kat sini juga. Aku silap... Aku kena beli bekas lain letak gravel tu sebab macam tak sesuai pulak nak cleansing kat sini dan tak muat juga nak letak gelang aku kat sini. 

Berat mata memandang berat lagi organizer aku nak hold gravel tu. Aku nak keluar cari bekas kaca later nak letak gravel ni. Ada 3 lagi parcel gelang ni belum sampai. Aku dah habis almost pat ratus plus kot beli bendah ni. Syhhhhh...  Takut mak wehh.. Tanpa sedar ko habis banyak tu dah wehhhh... Nanti ada mase aku sharing batu batu yang aku beli ni dan juga cara cleansing crystal ni macam mane.

Nak video unboxing dari aku. Dalam video ni korang boleh tahu kedai mane aku beli jewelry organizer murah lagi cantik ni.

Till then, jumpa lagi next entri. Doa aku ada kelapangan untuk menaip kat sini lagi ye..


0 Komentar untuk "Bekas Simpan Gelang Kristal Murah"
Back To Top