You don’t have to be big. You have to be remarkable

iShareFans Scam or Legit ?

iShareFans Scam or Legit | Money Game Malaysia | Ponzi Scheme 

Assalamualaikum 

A few days ni kecoh pasal iShareFans ni kan. Alahai.. Aku memang nampak ramai orang duk share pasal iShareFans ni tapi memang aku tak ambil kisah langsung pun. Ada ke orang nak bagi duit dengan klik klik task macam tu je. Bukan murah 1 klik tu. MERAGUKAN .. Tapi tu lantak korang lah.. 

Money games ni dari dulu same je. Twist sikit je but sistem lebih kurang same je. Sama ada korang perasan or tak je. MLM ! Yang untung orang atas. Yang bawah ni setakat merasa sekali dua je. Lepas tu sayonara la seperti si luncai terjun dengan labu labunya. Tak kan dah terhantuk baru nak terngadah. Ada pulak yang nak tunggu duit KWSP nak join benda ni. Tak payah la weh.. Money easy come, easy go ! Ramai yang tengah struggle disebabkan pandemik ni dan adalah golongan yang mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain. 

 "Aku dah dapat duit aku. Tak kan scam. Baru je withdraw tadi. Itulah Melayu asyik nak dengki je.."  - Alhamdulillah belum turn kau lagi tu. Tunggu sampai masa kau nanti confirm kau yang meroyan. 

Faham tak ramai orang kerja keras dan struggle sepanjang bulan semata mata nak dapatkan gaji, buat legit business tapi kau yang join ni hanya like and share je dapat duit. Wow... Sambil isap rokok goyang kaki kat rumah. Sapa nak kasi kau duit macam tu... 

"Ala hang nak kalut pasai pa.. Biaq pi la depa nak join. Bukan gune duit hang pon. Depa join yang free ja" - Yang bagi nasihat tu bukan nak menyibuk tapi nasihat. Yang nasihat nasihat tu bukan sebab dengki tau tapi nasihat dengan knowledge yang mereka ada. Alahai.. Yang terkena sapa? Kaum aku jugak. 

Kalau tengok website tu sangatlah tak secure dan boleh jadi data leakage. Paul Heyman kat twitter ada tweet 

"Modal yang lagi besar adalah data peribadi anda, no akaun bank, no telefon yang telah dikongsi kepada pihak tak bertanggungjawab. Website takde https, encryption dan potensi untuk kebocoran data dan maklumat akaun peribadi itu sangat tinggi. 

Korang boleh tengok kat facebook ramai orang sharing pasal benda ni scam tapi semestinya yang dah pernah withdraw tu tetap menegakkan this is legit ! Setiap keputusan yang kite nak buat perlu ada timbal balik. Kaji dulu.. Kadang kadang orang tak nampak apa dah sebab keadaan mendesak macam sekarang ni AKU NAK DUIT ! AKU NAK GANDAKAN DUIT AKU ! AKU TAK NAK SUSAH ! etc..  Maka mereka pun beramai ramai la join dan recharge .. RECHARGE? Hurmmm.. 

Till then, see you next entri. Nak settlekan order kat Shopee.


0 Comment for "iShareFans Scam or Legit ? "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top