Ais Krim Pops Malaya Ais Krim Buah Sebenar Sihat Dan Berkhasiat

Ais Krim Pops Malaya Ais Krim Buah Sebenar Sihat  Dan Berkhasiat | Review Ais Krim Pops Malaya

Assalamualaikum 

Baru baru ni adik aku call bagitau nak hantar ais krim kat Naura dan dia suruh pilih perisa. Ais krim? Tak cair ke masa penghantaran nanti. Tertanya juga aku macam mana rupa ais krim tu. Bila dah sampai baru tahu ais krim tu hanya perlu bekukan dulu baru boleh makan. Itulah Ais Krim Pops Malaya. First time aku dengar dan aku tak pernah nampak pun orang promote kat facebook aku sebab tu aku tak tahu pun kewujudannya. 


Ais Krim Pops Malaya merupakan ais krim beku di rumah pertama di Malaysia. Ianya daripada buah buahan yang sebenar penuh berkhasiat. Ais krim ini juga boleh dipos ke seluruh Malaysia tak kira korang duduk kat kampung atau pun bandar, yang penting korang kena ada peti sejuk beku je.Ais krim ni ada tiga perisa iaitu strawberi, markisa dan mangga. Di sebabkan aku memang tak boleh makan markisa, aku pilih mangga. Strawberi aku tak berani nak beli sebab takut masam. Naura memang tak suka masam. Hopefully mangga ok lah kan.

Review Ais Krim Pops Malaya 

  1. Dalam satu kotak ais krim ni ada 6 bar (kat kotak tulis 5 bar, mungkin 1 tu free kot) Packaging pun cantik sangat.
  2. Rasanya sedap manis manis masam macam smoothie mango tapi versi beku. Memang sedap sangat dan korang wajib cuba ! 
  3. Kali pertama Naura makan ais krim ni memang dia jilat sikit sahaja. Jadi aku la yang kena habiskan. Second bar, makan sikit, 3rd bar suku, 4th bar separuh, 5th & 65th bar habis makan semuanya. Memang dia suka. Jadi aku kena beli lagi la ! 
  4. Untuk 6 bar ni dengan harga RM10 sangat berpatutan. Kalau korang nak jimat duit pos korang beli dengan agen agen berhampiran area korang. Tapi biasanya COD pun kena charge sebab minyak semua tu. Lain la korang pergi pick up sendiri kan.

Ais krim ni korang boleh beli di Shopee, Lazada atau dengan agen Ais Krim Pops Malaya.Nanti aku letak video unboxing dan Naura menikmati Ais Krim Pops Malaya ni kat sini. Till then, see you next entry.

UPDATED VIDEO




0 Komentar untuk "Ais Krim Pops Malaya Ais Krim Buah Sebenar Sihat Dan Berkhasiat "
Back To Top