Pekerja JNT Mogok Campak Barang Customer

 

Assalamualaikum
 

Pekerja JNT Mogok Campak Barang Customer | Tular isu pasal pembayaran komisyen untuk rider JNT dan kalau aku di tempat mereka pun aku akan marah. Tapi kot ye pun nak marah janganlah campak barang customer. Kau ingat semua customer tu petik duit dari langit beli barang online then bayar courier service.  Nak marah, nak mogok guna la saluran yang betul bukan campak barang customer. Aduhai.. 

Aku faham kerja macam ni sangat penat. Penat dengan fizikal nak angkat, nak hantar barang di tambah pula dapat customer yang banyak songeh bila call nak delivery barang nak arah itu ini. Memang penat. Kemudian company pula ambil kesempatan untuk mengurangkan kadar komisyen. 

Ada a few person setuju dorang ni campak barang customer dengan alasan nanti customer complain kat seller, lepas tu seller complain courier lepas tu baru ada akal. Lol.. Bagi aku tak patut buat macam tu. Kau complain kat seller buat seller yang kau dapat tu tak bertanggungjawab apa kau nak buat? Sebagai seorang yang matang, amanah lebih baik salurkan ketidakpuasan hati di saluran yang betul. Buat piket or mogok. Tapi sekarang tak boleh berhimpun kan?

Aku nak shopping online sekarang pun pilih option courier lain sebab aku tahu time PKP ni sales mendadak naik sebab orang duk rumah order barang online. Jadi ada lambakan produk. PKP tahun lepas pun sama. Barang aku pending lama gila. Nasib baik sampai dengan selamat. Masa awal PKP hari tu, JNT kawasan aku dah start delay sehari dua. Biasanya barang sampai je hub terus out delivery. 

Susahkan zaman Covid ni. Kerja susah nak dapat, sesetengah majikan ambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi oleh orang orang yang desperately need a job to survive. Nak tak nak kau kena kerja juga sebab ada perut perut kat rumah yang nak diisi. Tak tahu la nak kata apa. Tapi aku tetap tak setuju campak campak barang customer tu sebab kau tak tahu betapa peritnya orang nak dapat duit hanya untuk beli sesuatu yang dia nak. Kau tak tahu kan? Di petik dari Akta Perkhidmatan Pos 2012

Tindakan yang menyalahi undang undang pada barang pos 

64. Seseorang yang dengan niat jahat -

(a) melupuskan atau memusnahkan;
(b) membuka;
(c) menyimpan, menahan atau menyembunyikan;
(d) melengahkan, mengabaikan atau salah serahan;
(e) mengusik;
(f) menghalang, mana mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 

Agaknya kalau dikenakan denda baru ada akal kot kan. Nak di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Mungkin undang undang kita tak ketat sangat kot, sebab tu sedap je lempar barang orang dengan niat merosakkan.  

Kebetulan sebut pasal JNT aku tak suka customer service dorang sebab call susah nak dapat. Buat aduan pun tak pernah berbalas. Sudahnya aku reda je la dengan kerugian aku. Berbeza sangat dengan Pos Laju or City Link. Dua dua ni terima aduan dan cepat bagi maklum balas. Dengan City Link aku pernah claim sebab barang aku terima pecah.  Korang ada bad experience dengan JNT?


8 Komentar untuk "Pekerja JNT Mogok Campak Barang Customer "

Suka sebenarnya dengan servis j&t. cepat dan sonang. tapi sekarang maybe guna courier lain dulu sehingga diaorang settlekan masalah dalaman ini huhuhuhu

pekerja bongok xde fikiran ke barang tu kepunyaa orang

J&T pun, bisnes bagos kot, apahal yg susah nak bayar pekerja? korang punya management buat hal, brg org lain jadi mangsa

patutnya baling kat muka boss baru puas hati. ni baling baling apa dapat.

silap silap kena ganti haihh

kesian seller masing masing dah pening bila cust dok push tanya pasal barang

maybe ada salah faham kat mana2. Tapi yang kaki tular tu satu hal. Semoga yang terbaik buat semua.

Itu lah kalau nk mogok pun xperlu lepas mogok tu dekat barang2 customer . Diorang semua bayar harga post . So kalau barang yg sampai tercicir, ada yg terbuka , ada yg pecah tak ke kecewa mcm tu

Saya pun kurang setuju mereka baling-baling barang begitu.
Kalau pun tak puas hati, rasa tertindas ke... gunalah saluran yang betul untuk dapatkan hak.

Secara peribadi, saya suka guna J&T. Tapi sekarang servis mereka memang agak teruk dan lambat.

So far akak takde masalah ngan J&T dan kalau boleh jangan la ada masalah...harap apa yang berlaku ni dapt di selesaikana dngan baik

Back To Top