Cara Simpan Daun Kesum, Daun Kunyit, Daun Limau Purut Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama

 Assalamualaikum.. 

Cara Simpan Daun Kesum, Daun Kunyit, Daun Limau Purut Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama | Dua minggu lepas pergi Aeon Big dan biasanya selepas jam 7 petang ada a few sayur akan dijual 50%. Biasanya aku akan beli daun kesum sebab kalau beli kat Segi Fresh segengam tangan aku RM1.50 satu pek. Kalau nak masak asam pedas at least kena ada 4 pek baru puas hati. Tapi kat Aeon Big harga RM5 macam tu boleh dapat banyak dan bila dah less jadi RM2.50 je. Masa aku beli ni daun ada yang segar ada yang dah layu. 

 

Next day baru aku pilih mana yang ok.. Sebab sayur ni berikat masa beli

Balik rumah dah dekat jam 11 malam dan aku malas dah nak  pilih daun mana yang ok untuk simpan dalam freezer. Aku simpan tempat sayur dulu. 

Selepas di asing asingkan

Dapatlah satu bekas ais krim ni. Banyak dah ni dan lebih dari cukup untuk masak asam pedas. Letak air dan letak dalam freezer. Selain daun kesum boleh juga simpan daun kunyit, bunga kantan, daun limau purut, daun kari, daun sup, daun ketumbar. Kalau serai saya letak dalam botol susu Naura yang dah tak guna then letak je tepi peti. Ada orang rendam dengan air. Saya tak pernah try rendam dengan air. Lengkuas saya potong potong letak dalam balang kaca dan letak air. Simpan dalam peti kat bawah tu je. Tahan berbulan bulan. 


Hari ni aku buat pari masak asam pedas dan guna semua daun kesum ni. Alhamdulillah masih segar tau. Cuma tu la limited space la bila nak simpan dedaun macam ni kat freezer. Mana nak letak lauk lagi, ais krim lagi. Kena ada deep freezer baru best simpan macam ni. Macam mama buat kat kampung.

 

P/S: Hari ni ada ada kelapangan masa, jadi later aku jalan jalan blog korang ye. Baru sihat ni. 2 hari aku tak sihat. Mahalnya nikmat kesihatan ni. Hargailah kesihatan. Aku pening je kelmarin tapi memang tak boleh buat kerja langsung. Semalam selsema pula. Hari ni, Alhamdulillah... Sihat !




9 Komentar untuk "Cara Simpan Daun Kesum, Daun Kunyit, Daun Limau Purut Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama"

Boleh eh guna cara macam ni..biasa akak masukkan tisu, lepastu masukkan daun dalam bekas kedap..then masuk dalam freezer, tak pun balut dengan suratkhabar then masukkan dalam freezer..bleh la cuba style ni pulak

Nak jimat space boleh letak dalam plastik aiskrim, letak sikit sikit untuk sekali guna macam tu. Lengkuas saya pun simpan cara macam tu. letak air dan simpan dalam peti ais bahagian bawah. memang tahan lama :)

Wah.. tq kongsi tips..
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik ye.. Aamiin..

Oh, baru tahu boleh simpan dan bekukan begini. Saya daun kesum tak pernah buat. Tetapi daun limau dan daun kari saya masukkan dalam ziploc dan freeze begitu sahaja.

Thanks for the tips, Naniey :)

Owh tak tahu boleh simpan daun kesum camni. Biasanya letak dalam bekas berisi air je. Terima kasih kongsi info ini :)

Hope fully dah fully sihat now ... take care tau

kena tau teknik nak simpan supaya tak rosak kan

baru namanya alah membeli menang memakai.. jimat pun jimat kan x rosak daun2 tu

Back To Top