Durian Bekas VS Durian Kulit | Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia

 Assalamualaikum ... 

Durian Bekas VS Durian Kulit | Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia | Musim durian dah ni, tapi aku tengok banyak durian yang high gred je area aku ni. Tak jumpa lagi aku durian kampung. Dah boleh rentas daerah ni aku ingat nak ke area Sri Rampai Port Durian kat sana. Nak cari durian. Teringinnya durian.  Tengok jenis jenis durian ni pening aku. Macam macam jenis. Kalau yang baru berjinak jinak nak meniaga durian tu, betul ke dorang ni tahu jenis durian yang dorang jual? *tanya je

DURIAN BEKAS VS DURIAN KULIT | Rase sama je. Feel je lain 
 
Sebagai seorang yang suka makan durian bukan #hardcoredurianlover pun, dapat durian kampung syukur Alhamdulillah sangat. Dua tahun lepas, musim durian time aku dalam pantang. Jadi dapat makan pun sikit je la dan tahun lepas pun sama dengan PKP memang tak berjalan sangat la mencari durian. Aku cakap kat Lurviey cari durian yang dalam bekas yang tak timbang pakai kilo.. Kalau area dekat dengan aku ni port durian paling dekat kat Sri Rampai la. Meriah sungguh setiap kali musim durian. Tapi kena pandai cari gerai kat situ sebab ada yang murah dan ada yang mahal.
 
 
Durian satu bekas ni Lurviey beli RM35, dalam tu aku kira ada 40 ulas dan aku sorang makan 21 ulas. Puas hati aku makan. Isi tebal, biji kecik pun banyak. Campur campur. Yang best dapat yang manis manis pahit durian kampung tu. 
 

Durian kulit tu lagi best la sebab feeling kopek kulit tu, lepas tu minum air dalam pangsa lepas makan durian kan? Tapi kalo timbang kilo macam tak padan je harga dia. Dah la mahal, dalam tu ada berapa ulas je.. (paling sedih dapat peniaga yang menipu). Ni pendapat peribadi aku la. Lain orang lain caranya. Aku suka macam ni sebab murah dan berbaloi. Tapi tengok tempat jugak la. Ada jugak yang mahal. Durian musang king tu lain la, besar dan tebal isinya tapi still bukan option aku yang pertama. Lol..
 
 
P/S: Lewat sikit aku terjah blog korang ye.. Semalam dengan hari ni memang busy settlekan order orang je ni. Ni pun belum settle lagi. Stop kejap release tension kat sini..
 
 

5 Komentar untuk "Durian Bekas VS Durian Kulit | Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia"

Hehe... Tak kira durian kulit ke, durian bekas. Fiza sapu je. Memang hantu durian. 🤭

durian kulit lagi best. baru best feeling makan durian tu hehe kalau dalam bekas ni, kadang gas durian pun da keluar huhu

Murah plak tu ha....beli kat mana...alahai sedapnyaaaa

harap musim durian thn ni, nina dh habis pantang. haha kalau tak kempunan

Susah nak jumpa durian sekarang ini.. Dahlah mahal.. huhuhu

Back To Top