Mozek Kat Dapur Pop Up

Assalamualaikum 

Mozek Kat Dapur Pop Up | Dua minggu lepas, hari Khamis tengah syok melayan Naura main kat ruang tamu tiba tiba bunyi macam something crack. Aku tak de masak apapun kat dapur. Then masih ada bunyi, terus aku berlari kat dapur tengok bahagian mozek yang tampal kat dinding tu pop up. Sinki aku pun teralih sikit. Adoi la...

Aku rekod dan whatsapp owner apa nak buat? Then owner report pada management. Orang management datang tengok dan dia kata, ni adalah rumah yang ke 80 jadi macam ni. Dia cakap kena isi form apa ntah kat Lurviey untuk file pada developer. Leceh pula kan. Otherwise cari tukang untuk fix sendiri. Last week ada tukang whatsapp nak datang rumah tengok sampai sekarang tak de khabar berita.

Rimas pula tengok keadaan dapur sekarang. Sebab sinki dah teralih jadi bila basuh pinggan tu ada air yang akan jatuh ke bawah sebab sinki dan rapat kat dinding. Nasib baik dapat owner yang baik dan bagus. Sepanjang aku menyewa rumah orang ni tak pernah lagi aku memaku kat rumah orang. Drill pun tak pernah lagi. Sayang yang paku rumah orang sebab dapat rumah ni pun dalam keadaan elok. Cuma ada la kesan peninggalan paku paku dan drill daripada penyewa sebelum ni. Bila nak settle masalah dinding dapur rumah aku ni pun tak tahu la...


9 Komentar untuk "Mozek Kat Dapur Pop Up "

Rumah ke 80 jadi macam tu? Uishhh, memang dah banyak terjadilah. Patutnya buat inspection check rumah rumah tu. Maintenance work penting.

erkkk bahaya nya..
takut nanti makin retak.. roboh plak sinki tu..
bebaik ye..

harap cepat dapat repair

Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera :)

alahai tak bestnya jadi mcm tu kat opis mama ni pun sama tetiba timbul aje jubin tu tapi ni kat lantai

Ngeri jugak tengok retakan tu. Moga dapat settle secepat mungkin :)

mozek yg merekah ni selalunya kt dlm simen dh tak ada. pernah jd di rumah

Uish.. bahaya tu takut di meletup.. Kena push developer untuk dia datang baiki ini..

kalau air jatuh mcm tu satu kerja plak nak bersih kan after hmmm

Lambat pulak ambil tindakan tu kan. sabar je lah menunggu. Banyak report dibuat tu. harap segeralah dorang buat kerja.

Back To Top