Nasi Ayam Restoran Changkat Ria

 Assalamualaikum.. 

Nasi Ayam Restoran Changkat Ria | Kalau tak masak dan makan kat luar, Restoran Changkat Ria ni jadi pilihan utama sebab Naura makan nasi ayam. Jadi sebelum kenyangkan perut sendiri dengan makanan lain kena isi perut anak dulu bagi kenyang. Naura ni susah sikit nak makan. Kalau ikutkan dietitian selagi belum mencecah 2 tahun belum boleh panggil anak "picky eater". Anak dalam proses mengenal makanan. Hari hari aku pening nak masak apa bagi Naura makan. Asyik nak makan sup je. Sup kosong pula tu. Ayam dia buang. Kalau ayam goreng atau ikan goreng, Alhamdulillah dia makan. 

Restoran Changkat Ria ni memang sentiasa penuh orang dan signature dish restoran ni memang nasi ayam. Kalau pelanggan yang datang kedai ni mostly akan order nasi ayam. Masakan panas kat sini pun sedap. Dulu selalu order nasi goreng kampung. Memang sedap dan portion sangat banyak. Boleh makan dua orang. 

Korang perasan tak nasi ayam sekarang hanya ada salad je. Tomato dan timun dah tak de dah. Aku rasa nasi ayam yang aku order sekarang memang dah tak de letak timun dan tomato. Waima, nasi ayam yang harga RM7+ pun tak de dah. Tempat korang ada lagi ke letak timun dan tomato?

Lurviey kalau datang Restoran Changkat Ria ni memang akan order Nasi Ayam Penyet. Harga RM6. Kadang kadang ayam ok. Tapi kadang kadang liat pula isinya seperti di goreng dua kali. Terkena pula masa perut tengah lapar sangat. Memang bengang je Lurviey. 

Bagi aku nasi ayam dia memang sedap. Cuma sambal cili dia tu tak konsisten rasanya. Kadang sedap, kadang macam kurang rasa. Bila teringin nasi ayam dan malas masak, memang makan kat sini je la. Kalau korang nak try Murtabak asli Indonesia kat sini pun ada tapi aku tak pernah try !


Restoran Changkat Ria 
Lot 418, 1, Jalan Gombak Ria 2, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

P/S: maaf jika lambat buat kunjungan balas kat blog korang sebab aku memang busy minggu ni. Entri banyak autopost entri.
8 Komentar untuk "Nasi Ayam Restoran Changkat Ria "

naniey, jgn lupa wassap k ret tau! heheh

Betul. Sekarang ni susah nak dapat nasi ayam yang lengkap dengan hirisan tomato, daun salad dan timun.
Sos cuka tu nampak sedap.

Nampak pun menarik nasi ayam ni..yummiess :p

Terus rasa macam nak buat nasi ayam plak weekend ni....

Kt utara ni masih jumpa nasi ayam letak timun, salad tomato dan harga dlm RM 6-7

betul.. tomato tu mmg dah tak ada, timum still juga nampak

Murah jugak harga nasi ayam penyet tu.. Kat sini RM10 dan ke atas harganya. Paling common RM12.

Sedapnya nasi ayam. Eh eh betullah nasi ayam sekarang jarang ada tomato. Timun pun selalu jugaklah ada.

Back To Top