Pertama Kali Cuba Kerabu Sarang



 Assalamualaikum.. 

Pertama Kali Cuba Kerabu Sarang | Ini kali pertama aku berani untuk cuba kerabu sarang. Walaupun aku ni kelantanese tak bermakna semua makanan Kelantan aku makan dan aku tahu sebab aku membesar kat Pahang. Masa form 2 baru balik duk kat Kelantan. Lepas tu after form 6 sampai sekarang aku duk kat KL/Selangor. Tahun 2013 aku ada kongsikan entri kerabu sarang ni.

 

Di petik daripada Harian Metro, makanan eksotik kerabu sarang ni memang menjadi pilihan orang kelantan untuk dijadikan juadah berbuka atau bersahur. Kerabu sarang ni dihasilkan daripada rumpai laut yang dibersih dan dikeringkan sebelum dimakan bersama campuran kelapa goreng dan isi ikan serta kuah yang ditumis. Rumpai laut perlu dicuci dan dikeringkan berulang kali dan mengambil masa tiga atau empat jam untuk memastikan ia bersih untuk dimakan.

Kerabu sarang boleh dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja dan permintaan kerabu sarang ni meningkat dua kali ganda menjelang Ramadhan. Kerabu ni boleh tahan tiga hingga empat hari jika di simpan di dalam peti ais. 

So, semalam pertama kali aku try kerabu sarang ni sebab adik aku memang suka sangat makan makan kerabu sarang ni. Katanya macam latok je. Not bad juga rasanya tapi ada bau la sikit. Ala rumpai laut memang ada sikit bau. Susah aku nak describe rasa dia tu tapi ok lah, boleh cuba lagi. Adik aku cakap yang dia beli rasa lagi sedap. Hehe.. 

 

P/S: Slowly aku buat kunjungan balas ke blog korang ye. Aku busy hari ni dan esok.

 
4 Komentar untuk "Pertama Kali Cuba Kerabu Sarang "

Nampak macam bihun goreng pulak hahaha, saya pun tak pernah makan, takut tekak tak boleh terima hehehe

ok pestime dengar kerabu ni..
kerabu-kerabu biasa pun k ret jarang makan ehhehe..

unik betul. Pertama kali tahu kewujudan kerabu sarang dari rumpai laut.

Back To Top