Beli Di Ezydurian 50% | Sama Sama Lokal Maybank

 Assalamualaikum.. 

Beli Di Ezydurian Harga Murah Sama Sama Lokal Maybank | Beberapa hari lepas Lurviey ajak pergi Ezydurian nak beli kurma fresh katanya, sebab dapat 50% tapi bila sampai staff bagitau untuk dapatkan 50% tu kena beli sebelum jam 4 petang dan belian perlu menggunakan QR Pay Maybank2U. So, next day kami datang lagi. Kat Ezydurian ni bukan durian je ada, tapi ada tempoyak, masak patin tempoyak, kurma fresh, anggur, mangga, pisang, udang galah dan banyak lagi. 

Tujuan Lurviey datang sini nak beli kurma fresh sebab kat lain memang mahal. Jadi kenapa perlu bayar lebih kalau boleh dapat separuh harga, betul tak? 

Ni la hasil membeli di Ezydurian. Lurviey macam tau je aku memerlukan tempoyak fresh untuk buat patin masak tempoyak disebabkan tempoyak aku beli sebelum ni memang sangat tak sedap !

Buah buahan yang Lurviey beli. (tiada dalam gambar , pisang) 

Kurma fresh pujaan hati kanda ! Puas hati dapat juga kurma fresh. Kata Lurviey nak repeat lagi.

Anggur ni sedap manis manis masam gitu. Aku plan nak makan dengan plain yogurt je nanti. 

Anggur hijau ni aku tak rasa lagi. Kata staff manis. Kalau manis aku repeat lagi. 

Masa aku nak gerak, dorang baru keluarkan durian berbakul bakul ni. Kat sini durian gred banyak la macam musang king, IOI, black thorn etc tu. Rasa nak makan durian korang datang la sini. Nak order online pun boleh tau. Eh lupa nak bagitau harga pisang kat sini murah tau. RM1/kg. Total beli anggur, kurma fresh, tempoyak dan pisang RM46.75.

Semalam Lurviey pergi lagi Ezy durian beli udang almost 3kg dan sotong 1kg lebih dan pisang 7kg. total RM26 sahaja selepas diskaun 50%. Murah gila kan. Udang tu aku bilang dapat dalam 39 ekor. Sotong ada dalam 8 ekor yang besar. Memang puas hati. Ikan kerapu pun ada semalam tapi tak sempat nak ambil sebab dah jam 4 petang. Hehe.. Korang yang boleh reach tempat ni boleh la datang.

Ezydurian 
No 1, 31, Jalan TIB 1, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor



4 Komentar untuk "Beli Di Ezydurian 50% | Sama Sama Lokal Maybank"

Kita tgk anggur tu mengiurkan hahaha

Anggur pun nampak fresh2.. baru tahu kurma fresh mcm tu

First time tengok kurma fresh warna kuning tu. Jadi teringin pulak nak cuba. Kalau dekat boleh gak terjah. Ini jauh. Berhuhu dari jauh je lah :)

Wow.. bila boleh jimat memang bestlah.. separuh harga tu..

Back To Top