You don’t have to be big. You have to be remarkable

Petua Hilangkan Ketuat

Petua Hilangkan Ketuat | Cara Hilangkan Ketuat


Assalamualaikum

Tau tak ketuat tu macam mne? Org kat kampung ckp 'mereka yang ada ketuat ni pemalas'. Bukan aku ckp okeyh. Sebelum aku up pasal Petua Menghilangkan Ketuat, better aku share sikit info tentang ketuat and apa puncanya. Sila baca kat bawah. Kalau malas sgt nk baca, sila tumpukan anak mata di ayat2 yang aku bold. Tu slh satu reading skill ye. *bgi org yg malas membaca*


Google
HAMPIR setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di tubuh. Biasanya ia mudah disedari kerana timbul di permukaan kulit dan boleh hilang sendiri tanpa pembedahan.Selain orang dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali dijangkiti. Ketuat disebabkan virus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras manakala kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari dan kaki.

Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri, lebih mudah dijangkiti ketuat. 

Ada beberapa jenis ketuat, antaranya ketuat biasa yang sering ditemui di jari, tangan, lutut dan siku. Ia biasanya bersaiz kecil, keras pada sifatnya dan berwarna perang pudar. Permukaan biasa menyerupai kubis bunga dan ada bintik-bintik hitam kecil di dalamnya. Ketuat rata bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku pada kanak-kanak, rasanya lebih lembut, warnanya pula boleh jadi merah jambu, perang lembut atau kuning. 
Kebanyakan kanak-kanak mengalami ketuat rata di wajah, namun tidak mustahil ia juga boleh timbul di lengan, lutut dan tangan. 


Ketuat plantar pula biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Ada kala ketuat boleh tumbuh di kawasan genital, namun ia lebih banyak berlaku di jari, kaki dan tangan. 


Ramai bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala. *please alert for those yg suke pinjam baju orang*


Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula. 


Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka. Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit. 


Ada pelbagai cara membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali. 

Petua menghilangkan ketuat 



  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur sendiri
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat


  • Sekadar berkongsi sebab aku sian lak tgk org yang ada masalah ni. At least before merebak2 ketuat tu cepat2 lah rawat..

    Sumber: MyMetro

    P/S: Jom workout abis keje!!! =)


    19 Comment for "Petua Hilangkan Ketuat"

    nice tips..nasib lah akak xda masalah ni

    Alhamdulillah kak M x pernah Ada Lagi masalah ni..

    Dulu pernah kene kat kaki. Buang sendiri guna ketip kuku. Takut kene operate dgn doktor punya psl!!

    nice info..nur pernah ade ketuat di kaki dulu..
    tiap2 hari nur remdam kaki dengan air garam..lama2 ketuat tu tercabut..lega,..hihihi

    Dulu zaman sekolah menengah kat tapak kaki satu je , kecik molek ketuat tu..selalu ketip guna ketip kuku,.berdarah2 tapi puas..hahahaha..tatau cemana leh ada,,mungkin sebab duk pi latihan taekwondo pijak bacteria ka apa ka.lepas tu tatau satu hari tu hilang masa sekolah menengah gak…dia macam jatuh ka apa ka tatau la..belubang sikit kat tapak tu..lepas tu sampai la x penah ada…

    info yang sangat bagus. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena lagi..:)

    wah..baru tau info nie..

    menarik jgk..

    mengikut ciri-ciri yg diberitahu mcm pernah tgk depan mata je..huhu..

    kina xpasti penah kene ke x..rasenye xpenah..huhu..

    nice sharing kak:)

    Alhamdulillah nani akak xder mslh ni..tp nice petua la :-)

    p/s:nani sorry lambat akak singgah sini line tgh problem skang ni

    tak perasan lak. mcm tak pernah ada. good info. leh share ngn org lain. :)

    Alhamdulillah nani akak xder mslh ni..tp nice petua la :-)

    p/s:nani sorry lambat akak singgah sini line tgh problem skang ni

    Deqla xde pulak ketuap...apatah lg kurap tau seangkatan dgnnya...hihi...nice sharing.... ;-)

    erk x dpt bygkan ketuat tu camne..hehehe

    ooo ada byk jenis ke ketuat ni upenya...

    alhamdulillah..dya xde masalah ni..lama xsinggh kt blog nani..xde internet nk online.hihi

    bnyk nye tips, bole kongsi kat kawan2 ni! :)

    saya pernah ada ketuat kt atas kaki...sy ketip guna ketip kuku...slepas mndi sy akan sental ketuat tu dgn myk cap kapak...xlama lpas tu dia hilang terus...

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

    Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

    Back To Top