You don’t have to be big. You have to be remarkable

Johan Masakan Thai Jalan Raja Uda Kg Baru

Assalamualaikum..

Di sebabkan kecewa makan kat Nuri hari Rabu, jadi hari Jumaat ajak Lurviey singgah kat Johan Masakan Thai and terus dinner kat situ. Penuh orang! Ingatkan tak de tempat. Entri tanpa gambar kedai tapi gambar makanan dan kami serta alamat kedai bawah seperti dibawah ni.



Me hantu tomyam. So mesti la order tomyam. Kebiasaan menu wajib ada selain tomyam, telur dadar. Puas hati sebab tomyam sedap walaupun ramai orang. Sesetengah tempat bile terlalu ramai orang rase mesti ada kurang.



Tomyam kat sini lain sikit dari Nuri sebab kalau kat Nuri mangkuk die lebih besar sikit, ada lala. Kat Johan Masakan Thai ada cendawan dan mangkuk kecik sikit. Buat yang gemar hirup atau makan kuah macam saya mesti la nak kuah banyak. 


Confuse nak order either kerabu sotong atau sotong goreng tepung, then Lurviey pun order sotong goreng tepung. Sotong sedap tapi mahal sebab ada 5 ketul RM5 which means macam 1 sotong di hiris 5. Prefer sotong goreng tepung kat Man Sabata (belum sempat edit entri lagi)



Pukul 11.45 malam baru settle makan. Alhamdulillah kenyang. Tapau sup perut sebab dah lame dah nak makan sup perut die sebab sup perut die ala siamese kelantanese style. Sup perut die lain sikit sebab ada letak daun salad. Hah? Ye saya pun rasa pelik jugak masa mula-mula makan dulu ingatkan salah masukkan rupa-rupanya memang dorang letak.

Balik hostel relax, layan fave talkshow sambil makan sup perut jam 1 pagi. Makan aje, tapi berat tak naik. Alhamdulillah kenyang.



Datang lagi ke Johan Masakan Thailand? InshaAllah akan datang lagi. Ni kali yang keempat saya datang sini, baru nak up entri.

Landmark- Sebelah Chop N Steak yang tempat steak famous yang ada kapal tu. Tapi parking kena pandai cari la dan yang pentingkan jangan sebab perut menyusahkan orang lain. Parking ditempat yang betul dan selamat.
0 Comment for "Johan Masakan Thai Jalan Raja Uda Kg Baru"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top