You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kepuasan Yang Tak Terpenuhi

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kepuasan apa yang tak terpenuhi. Kepuasan makan! Dua hari pergi nak makan nasi lemak, habis! Sudahnye lapar walaupun dah makan. Saya suka makan masak lemak kat kedai tu sebab memang sedap dan harga tak pernah lebih dari RM3.50. Tapi masak lemak sayur la (nangka, rebung, pucuk betik).


Semalam bukak Nuffnang tetiba terkejut tengok status bertukar jadi non-glitterati. Sebelum ni pernah jugak bertukar status non-glitterati tapi salah sendiri sebab letak iklan competitor. So bila dah buang, dapat balik status. Bile dapat tahu status bertukar terus hantar tiket. Then, pihak nuffnang reply sebab tak update blog then visitor kurang dari satu. Mak aihhh.. Macam pelik jugak sebab blog daily updates dan UV setiap hari more than 1k. Kalau zaman 2010 tu logik la nak kata tak de visitor sebab time tu blog je ada, entri pun ntah apa je time tu. Petang tadi reply semula tanye adakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan status tu bertukar selain jawapan yang mereka reply tu. 

Ada jugak blogger lain yang status bertukar. Semalam komen mengomen kat group Kongli Link Belog sebab kebetulan masa online kat fb nampak la entri blogger yang statusnya macam saya. Jawapan die dapat dari pihak nuffnang pun same jugak. Sekian sahaja entri hari ini.

Done express workout hari ini. Alhamdulillah.. Good night.


2 Comment for "Kepuasan Yang Tak Terpenuhi"

Sama la..smlm tgk status bertukar jd non-glitter..then hntr ticket..they replied the same answer with u..hahaha..plus pasal fraud click so effect earning..whatever la NN..

Alhamdulillah.. dpt. sistem kot error. sbb kalau nk ckp pasal inactive or x de visitor sgt x logik.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top