You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Casio Exilim QV-R100 Compact Camera

Assalamualaikum...

Beli kamera dah lama tak sempat review sebab tak guna. Guna pun tak sampai 15 kali. Dua minggu lepas guna balik. Lagipun sekarang lebih senang guna kamera fon. Snap terus upload..  


Selfie di make up room dengan kamera Casio. Kecik dan mudah di bawa. Tapi kadang selalu bawa dalam beg tapi tak gune. Grrrr. 


Best ke tak guna kamera ni? Dulu sempat tergila-gila nak beli DSLR tapi sekarang dah tak berminat lagi dah. Yang ada ni pun tak guna.










My Review
  • Harga mampu milik 
  • Compact dan mudah dibawa. Boleh letak dalam poket (if pakai seluar poket tepi)
  • Ringan sangat-sangat. Masa mula-mula beli rasa macam nak terlepas je. Sebelum ni guna Canon yang lebih berat sikit.
  • Bateri rechargeable. Tak macam kamera Canon yang saya beli sebelum ni, kena gun bateri AA
  • Kualiti gambar cantik kalau pandai main setting dan tak perlu edit dah.Walaupun gambar zoom, masih cantik dan tak pecah.
  • Satu je yang TAK BEST kamera ni tak sesuai untuk vlogger sebab audio sangat la tak ok!Jadi tak dapat la nak record video feeling jadi seorang daily vlogger. (ye ye jeee kan)

Sekian sahaja review kali ini. Last review gadget pasal Sony TXT. Boleh baca DISINI. Nanti saya review phone yang saya guna sekarang pulak ye. Entri Power Bank pun masih ada dalam draft. Heeee...


0 Comment for "Review Casio Exilim QV-R100 Compact Camera"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top