You don’t have to be big. You have to be remarkable

Scan Echogenic Foci In Left Ventrical Dengan Doktor Pakar


 Scan Echogenic Foci In Left Ventrical Dengan Doktor Pakar

 

Assalamualaikum.... 

Syukur Alhamdulillah setelah dua kali postponed akhirnya kali ketiga dapat jumpa pakar. Kali pertama terpaksa tukar tarikh disebabkan aku tak dapat nak balik KL disebabkan banjir dan kali kedua doktor tengah kuarantin dan akhirnya kali ketiga jam 8 pagi aku dah terpacak nak register untuk temujanji dengan pakar di Hospital Tengku Azizah. [23 Mac 2022]

Hasil detail scan di Klinik Siti

Berdebar rasa hati sebab nak tahu lubang kat jantung baby tu masih ada or dah hilang sebab kebiasaanyanya 1 lubang ni normal dan akan hilang bila masuk trimester ketiga. Sampai turn aku, doktor buat basic scan je sebab katanya doktor pakai akan turun jam 10 pagi nanti selepas selesai urusan round kat wad bersalin. Ok faham. Lepas tu duduk la diruangan menunggu sementara tunggu doktor pakar turun. Nak pergi makan kat Pak Tam memang aku tak makan kalau seorang diri. 

Jam 10 lebih doktor pakar dah masuk bilik dan nurse panggil nama aku. Aku masuk dan terus kena baring untuk scan. Hasil scan tu menunjukkan tiada lubang lagi kat jantung baby aku. Syukur Alhamdulillah. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Nak menangis tapi aku tahan je sebab tak settle lagi scan tu. 

Doktor ada jelaskan juga biasanya kalau 1 lubang ni dorang tak scan pun dan ianya normal dan akan tengok bila baby lahir nanti. Tapi disebabkan KK refer jadi buat je la. Lagi satu kebiasaannya kalau lubang banyak ni relates dengan syndrome down tapi bukan tepat pun. Kalau nak betul betul tepat kena buat ujian khas saringan syndrome down. Kalau hospital kerajaan ni biasanya kandungan berisiko tinggi seperti umur ibu lebih 40 tahun baru dorang akan buat saringan tersebut untuk kenal pasti baby ada syndrome down atau tidak. Ujian saringan syndrome down ni mahal sikit dan biasanya melalui ujian darah atau air ketuban. 

Kalau kat oversea memang ujian saringan ni ada tapi kat Malaysia ni tak diwajibkan serta undang undang kita tidak dibenarkan melakukan abortion. Ujian ni mahal sikit dan biasanya ada di private hospital. 


Overall dalam report doktor aku baca, tiada lagi lubang kat jantung baby. Syukur Alhamdulillah. Lepas tu dapat la pujian sikit daripada doktor. Katanya BSP cantik. Doktor cakap nanti boleh buat BSP setiap hari tak? Ah sudahhh baru nak happy dah kena buat BSP setiap hari. 4point BSP namanya. Lagi susah ye. Aku syak doktor pakar ni suruh sebab tak nak bagi baby aku besar sangat kot sebab next check up nak check parut czer then baru boleh decide boleh normal delivery or czer. Hasil scan baby aku sedikit besar 1-2 minggu saiznya. 

Azab weh nak buat BSP setiap hari lagi lagi bulan Ramadhan ni. Selamat bepuasa korang. Aku tak sempat lagi nak jenguk korang. Setiap hari badan makin sakit. Nak jalan pun kadang kadang macam penguin dah. 

 

P/S: Aku tak kisah pun anak lahir jantina apa asalkan sihat sempurna. Tak perlu kecewa sangat dengan jantina anak ni. Dua dua selamat tu syukur Alhamdulillah.



4 Comment for "Scan Echogenic Foci In Left Ventrical Dengan Doktor Pakar"

Sangat berinfo entry pengalaman my sahabat naniey ni. Alhamdulilah, berdebar baca tau entry ni, mujur jantung baby kembali normal. Alhamdulilah, gembira rasa melompat sama waktu baca ni tau.

Moga baby dan mama sentiasa sihat hendaknya selalu. Amin-amin yarabbalalamin.

alhamdulillah syukur baby sihat. semoga sentiasa dipermudahkan urusan naniey dan baby

Alhamdulillah..syukur sangat. Betul tu naniey, tak kisah jantina apa asalkan baby sihat. Take care naniey.

Alhamdulillah baby takde masalah jantung. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top