Harga Minyak Masak Naik Dan Penyelesaiannya
Assalamualaikum...
Ramai terkejut bila tengok kenaikan harga minyak masak semalam kan? Aku mampu terkejut dan hadam sendiri je la. Tapi sedih juga tengok komen segelintir kawan kawan yang sangat terkesan dengan kenaikan minyak dan ada yang terpaksa tengok je dulu dan tengah fikir solution katanya.
Semalam masa Lurviey beli barang kat Giant aku minta belikan minyak sekali sebab dah habis minyak masak kat rumah ni. Susah bila tak de minyak masak ni untuk goreng gorengan. Walaupun aku jarang sangat guna minyak masak dan kadang tiga empat bulan baru habis sebab aku guna minyak hanya untuk goreng ikan, goreng keropok keping macam tu je dan selebihnya guna sikit sikit buat tumis. Most of the time aku guna olive oil je untuk tumis masak sayur. Kalau yang kena guna lebih minyak sikit baru aku guna minyak masak biasa ni. Harga minyak masak kat Giant semalam seperti yang tertera. Lurviey kata ada yang ambil sampai 10 botol minyak masak. Harga masih murah berbanding harga yang orang share di facebook seperti kat bawah ni.
Dipetik dari facebook Dr Kamarul Ariffin :
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
- Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
- Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
- Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
- Boleh pertimbangkan untuk dapatkan "air fryer". Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
- Jika "deep dry" makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
- Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
- Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
- Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
- Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
- Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
- Warna bertukar perang pekat.
- Minyak menjadi lebih likat.
- Minyak berbau tengik.
- Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
- Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
- Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
4 Comment for "Harga Minyak Masak Naik Dan Penyelesaiannya"
Nasib Dania kerja supermarket..tiap kali ada stok myk masak paket tu sampai...mmg dia akan call bg tau...dapat beli banyak sebab Pak Zain beli 3, SA beli 3 dan Mak Pah beli 3...Dania beli 3.. mmg terpaksa buat macam tu..x larat la nak beli minyak botol 5kg sampai dekat RM50...kita bukan org senang ..
Pelikkan. Negara kita pengeluar sawit terbesar di dunia tapi begini jadinya.
Sekarang pun saya suka masak rebus, kukus, panggang saja.
Memang sekarang kena pandai-pandai guna dan jimat minyak. Nak harap harga minyak turun memang lambattt lagi.
Okay, dah boleh merebusss dan memfryerr.. hehee
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)