You don’t have to be big. You have to be remarkable

Semak Status MyKid Secara Online


 Semak Status MyKid Secara Online 


Assalamualaikum... 

Alhamdulillah akhirnya siap juga MyKid Aryan sebelum balik kampung. Leceh tau kalau tak de MyKid ni bila nak berjalan ke mana mana nak kena bawa surat beranak besar gedabak tu. Surat beranak aku dulu kecil je. 

Dua minggu selepas daftar nama Aryan, aku call JPN untuk check sama ada MyKid dah boleh collect atau belum dan malangnya masih dalam proses. Masa aku call tu, CS yang jawab tu pun macam malas nak jawab pertanyaan aku dan dia kata boleh semak secara online je bila ready to collect. Haishh.. 

Minggu lepas aku check, MyKid masih dalam proses lagi. 


Semalam aku check, MyKid dah ready untuk collect. Alhamdulillah, tapi hari ni ada appointment kat HTA dan tak sempat nak singgah ambil dan tetap kena bawa surat beranak. Kalau tak bawa, dorang akan charge as bukan warganegara kata staff kat situ. Lepas settle appointment baru boleh ke JPN Gombak untuk collect. Yezza! 

 

Semak Status MyKid Secara Online 

https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/index.php

 

P/S: Tak sabarnya nak balik kampung lusa.. 

 

4 Comment for "Semak Status MyKid Secara Online "

bestnya balik kampung beraya... mykid dlu dan skrg pun dah x sama... dlu anak thn 2012 xde nama mak kt belakang... mgu lepas mohon bukak acc anak tpksa fotostat surat beranak jugak sbb mykid tu xde nama mak... huhuhu

Nasib baik boleh semak online. Kalau tak jenuh juga asyik nak kena call tanya dah ready untuk pick up atau tidak.

Selamat balik kampung, Naniey dan keluarga. Have a safe journey!

Senang banyak urusan boleh online je. Tulah kan, lega bila urusan dah settle.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top