You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Kari Daging Pekat Dan Mudah


 Resepi Kari Daging Pekat Dan Mudah

 

Assalamualaikum..


Sebenarnya dalam hidup aku, ni kali pertama aku buat kari daging. Aku takut nak masak daging sebab takut liat. Tapi disebabkan perasaan semangat memasak lepas beranak ni membuat buak memang aku masak je la. Rindu nak masak sebab sepanjang pregnant banyak makan kat luar dan rumah mama. 
 
Kari tak de minyak. hehe..


Semalam aku tawakkal je la masak kari daging ni. Bila tengok resepi banyak sangat yang berbeza dan aku follow suka hati aku je la. 
 
Bahan-bahannya
  • Daging potong nipis
  • Bawang merah hiris
  • Bawang putih hiris
  • Halia hiris
  • Daun kari 2 tangkai
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang) 
  • Sedikit air asam jawa
  • Serbuk kari ± 3 sudu besar 
  • Cili boh 2 sudu
  • Ubi kentang belah 4
  • Sedikit minyak
  • Kiub lembu
  • Santan kotak (kara) 
Cara-caranya

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan cili boh dan juga rempah kari yang telah dibancuh dengan air (ada resepi tak bagi bancuh air, next time boleh cuba) 
  3. Masukkan sedikit air asam jawa
  4. Masukkan daging dan kacau rata (tak perlu masukkan air) 
  5. Bila nampak macam dah kering, masukkan sedikit air. (Ulang proses kering+masuk air hingga daging lembut) 
  6. Masukkan santan dan air satu gelas serta ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk.
  7. Masukkan kiub lembu. Kacau rata. Siap! 


 
Ni cara aku masak semalam. Mungkin masak next time lain pula jadinya. Jadi aku tulis je kat sini senang nak rujuk nanti dan buktikan jadi ke tidak kari pekat macam aku masak ni. Santan tu aku guna santan kara. Aku pair dengan sayur kukus je memandangkan aku tak tahu nak masak sayur macam mana . Telur masin tak dapat nak rebus sebab dah sebulan expired. 😁
 


P/S: Kata orang kita masak dia, bukan dia masak kita *kinda self defence, LOL. 



Tag : resepi
5 Comment for "Resepi Kari Daging Pekat Dan Mudah"

ni nanti lepas raya haji blh cr balik resepi daging ni..
sbb nt dpt daging byk.. haha

Betul tu, kalau daging liat semacam hilang mood nak makan.

Sedappnya buat cicah lempeng atau roti canai

Sedapnya kari pekat begitu. Terus akak terbayang makan dengan roti puri. Yummeh!

Sedap kari daging. Okaylah datang mood rajin nak masak. Saya pun kurang masak kari. Daing pun jarang masak sebab makan sorang je. Santan kara memang pekat lagi dari santang kotak yang lain. Kadang susah jugak nak jumpa santan kara ni.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top