Assalamualaikum...
Pengalaman Di Serang Vertigo | Lama sungguh tak post kat sini. Busy sampai tak de masa nak update walaupun teringin sangat nak berkongsi pelbagai cerita kat sini. VERTIGO. Sebut vertigo mungkin ada yang tau dan ada yang tak pernah ambil tahu pun. Aku tahu pun sebab makcik aku ada vertigo dan aku tau vertigo ni kepala kau berpusing pusing.
Sabtu lepas, hari pertama Naura playschool tapi sayangnya pagi tu buat pertama kalinya aku tak boleh nak bangun dari tidur disebabkan kepala aku berpusing dan aku rasa berpeluh terus muntah. Aku ingat lepas tu aku ok la tapi tidak. Bila kepala berpusing je aku terus muntah dan memang aku menangis je sebab tak tahan berpusing pusing tu. Pejam mata pun still berpusing. Naura memang Lurviey yang uruskan. Pendek kata, hari Sabtu tu Lurviey yang jaga anak anak. Aku terbaring je sebab memang tak larat. Lepas maghrib baru tak de rasa pusing pusing tu tapi mula start berat kepala. Sebelum tido telan panadol dengan harapan tak de pusing pusing dah keesokkannya.
Bangun Subuh kepala ok tapi jam 8 pagi kepala pusing datang lagi. Aku baru je janji dengan Naura nak hantar dia pergi playschool hari Ahad tu sebab Sabtu tu aku dah tak dapat hantar. Lagi sekali, Lurviey uruskan anak anak. Outfit Naura pergi school memang 'asal boleh' je la. Janji pakai baju seluar. Haishhhh...
Part yang paling aku geram Lurviey beli 'pregnancy test'. Kejadahnya pregnancy test, baru cucuk depo rabu lepas. Hati aku kuat mengatakan ini vertigo. Petang tu Lurviey ajak pergi klinik dan kebetulan pak cik dan mama datang ambil Naura dan Aryan pergi tasik jadi boleh la aku ke klinik. Doktor mengesahkan bahawa aku memang kena Vertigo.
APAKAH VERTIGO DAN SIMPTOM VERTIGO
Semua simptom kat atas ni aku rasa. Dua hari aku rasa benda yang sama. PANIK? Mestilah panik. Walaupun aku cuba kawal panik aku tu, memang tak boleh nak kawal. Hilang kawalan. Dah tengah pening dengan muntah loya tetiba nak cuma relax ambil nafas untuk hilangkan panik. Memang tak jadi le.. Doktor prescribed ubat Betaserc dan doktor bagitau kalau dalam masa tiga hari tak hilang juga kena datang klinik untuk dapatkan surat rujukan ENT. Mungkin ada infection katanya. Risau pula bila sebut infection ni kan. Haish...
P/S: Cuba kembalikan mood blogging.. PV memang teruk ..
2 Comment for "Pengalaman Di Serang Vertigo"
Semoga nanie cepat sembuh ye..pernah kena tau mcm mana seksanya ..
Rasanya baru-baru ni pun saya ada kena vertigo ni.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)