You don’t have to be big. You have to be remarkable

Masak Cantonese Yee Mee Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum... 

Masak Cantonese Yee Mee Mudah Dan Sedap | Sebenarnya lauk pauk kat rumah aku ni habis dan plan esok baru nak ke Mydin jadi lepas selongkar apa yang ada dalam fridge maka aku decide nak masak Cantonese Yee Mee. Yang ada dalam fridge daging dan juga bahan Yong Tau Foo. Ok la tu nak buat. Udang ada banyak tapi Lurviey memang tak boleh makan udang. Resdung dah teruk balik even makan keropok udang or apa apa masakan yang ada udang mesti gatal dan tak boleh tidur malam. 

Macam biasa aku simpan sini untuk tatapan masa depan bila nak masak. Hehe.. 

RESIPI MASAK CANTONESE YEE MEE MUDAH DAN SEDAP


Bahan Bahan

  • Bawang putih - cincang 
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Ayam/Daging
  • Fish ball, fish cakes, filet ketam dan lain lain
  • Telur
  • Sawi
  • Lobak
  • Kiub Ayam
  • Sos tiram
  • Yee Mee
  • Lada Sulah

Cara-caranya

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan ayam/daging dengan air.
  3. Masukkan sos tiram, kiub ayam secukup rasa.
  4. Ayam dah masak, boleh masukkan fish ball, fish cakes
  5. Masukkan telur dan sawi dan lada sulah
  6. Last sekali masukkan yee mee. Siap !

Alhamdulillah cukup mengenyangkan menu hari ni. Mudah dan sedap. Kalau makan kat kedai paling murah pun RM8 kot. Sizzling Yee Mee aku belum pernah cuba lagi. 


P/S: Bila mood rajin masak, yang susah nak masak pun jadi rajin. Sama macam blogging. Sampai mood aku rajin nak update, ada la entri. Hampeh betul mood ni 

P/S/S: Entri bulan 7 hari ni baru aku publish. Rajin kan?? 



Tag : resepi
1 Comment for "Masak Cantonese Yee Mee Mudah Dan Sedap "


Manis2 buah ceri,
manis lagi pembaca komen ni,
Kalau diri tu sudi,
jom la join segmen ni. >_<

jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top