4 Wanita Berjubah : Hati-Hati

Salam Semua,

Wah.. Minggu ni macam-macam berita yang kite dengar di media. Berita tanah runtuh, permohonan tukar jantina dan ari ni pasal wanita berjubah pulak. Aduhai, kenapa la melakukan jenayah dengan memakai jubah. Merosakkan imej orang yang pakai jubah je. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Apapun kalau nak tahu jom baca kat bawak ni.

sekadar hiasan

4 wanita berjubah pura-pura tukar wang aktif semula

KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah yang menjalankan kegiatan menyamun di sekitar Lembah Klang dengan berpura-pura ingin menukar wang daripada mangsa selepas membeli sesuatu barang atau sengaja ingin menukar wang dikesan aktif semula.Dalam kejadian terbaru kelmarin, kumpulan wanita terbabit berusia 30-an memperdaya penjaga kaunter sebuah kedai aksesori di Taman Permata, Ampang di sini membabitkan kerugian RM1,000.

Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat wanita terbabit masuk ke premis berkenaan dengan berpura-pura membeli sebotol pencuci kereta.
“Selepas 20 minit berada dalam premis berkenaan dan berpura-pura memilih barangan, seorang daripada suspek mendakwa mahu membeli pencuci kereta dan membuat bayaran.

“Suspek memberi wang RM100 sebelum mangsa memulangkan baki sebanyak RM85. Bagaimanapun, suspek mendakwa wang terbabit rosak kerana mempunyai tanda dan mahu menukarkannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan semua wang not RM50 dari dalam mesin daftar tunai dengan alasan mahu memilih sendiri not RM50 yang lain.

“Mangsa yang tidak curiga memberikan kebenaran, sebelum suspek memilih dan mengira wang baki yang perlu diambilnya di hadapan mangsa.

“Suspek memulangkan wang berkenaan sebelum meninggalkan premis itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terkejut apabila pemeriksaan semula dilakukannya mendapati RM1,000 wang hasil jualan didapati hilang.Mangsa yang yakin kumpulan terbabit adalah penjenayah memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Harian Metro.
0 Komentar untuk "4 Wanita Berjubah : Hati-Hati"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top