You don’t have to be big. You have to be remarkable

Jepun Di Pukau Malaysia

Salam Semua..

Rasanya masih belum terlewat untuk aku poskan tentang perlawanan Malaysia menentang Jepun Rabu ni..So penggemar bola sepak Malaysia jangan lupa untuk menonton perlawanan Rabu ni nanti.. Abis keje terus pergi mencapap di kedai mamak or kat kelab tgk bola ok?? Sokonglah pasukan bola sepak Malaysia. Jangan sibuk dan bermegah dengan pasukan bola sepak gergasi seperti Chelsea, Man United, Liverpool, dan lain2. (*interframe- chelsea dibelasah Man United.. Huahahaha)
Ok la sebelum aku melalut dan mengarut lagi lebih baik korang baca berita suka ni yang dipetik oleh Kosmo Online.


Harimau Malaya mengaumdi Jepun Rabu ini..Roarrrr

MEREKA beraksi di posisi berbeza - seorang bertanggungjawab menjaga gawang, manakala seorang lagi mempunyai misi merobek gawang lawan.Menyedari tanggungjawab yang dipikul cukup besar, kedua-dua tonggak skuad Olimpik, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat dan A. Thamil Arasu menjanjikan persembahan terbaik menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka, Rabu ini.Bagi Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek, dia berikrar untuk menjaga gawangnya daripada dibolosi dengan mudah, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas yang berbeza serta memiliki ramai pemain muda yang berkaliber.
Menurutnya, dia juga tidak kisah sekiranya tidak menggalas cabaran selaku kapten semasa pertemuan itu, asalkan berjaya membantu negara untuk mencatatkan keputusan memberangsangkan di Tosu.

"Jika jurulatih (Ong Kim Swee) tidak menjadikan saya sebagai kapten tidak mengapa kerana misi utama saya adalah untuk menghalang jentera serangan Jepun bermaharajalela di gelanggang sendiri.
"Dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku, justeru kami berikrar untuk memberikan mesej yang cukup jelas kepada Jepun betapa Malaysia kini bukan lagi pasukan yang mudah dikalahkan," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Skuad Olimpik negara yang berlepas ke negara Matahari Terbit Jumaat lalu kini dikhabarkan sedang berehat serta mencari ilham terbaik di bandar pelabuhan Kokura, kepulauan Kyushu selama tiga hari sebelum bertandang ke Tosu esok.Selain bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi, skuad Samurai Biru juga dikhabarkan masih mengharapkan sentuhan pemain-pemain lama seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando yang cemerlang membantu Jepun mendapatkan pingat emas Sukan Asia pada tahun lalu.
Selain Jepun, turut diundi bersama skuad Olimpik negara dalam Kumpulan C ialah jaguh Asia Tengah, Bahrain dan Syria.Dalam pada itu, Thamil turut berjanji akan berusaha sedaya upaya mengatasi benteng pertahanan Samurai Biru dalam aksi pembuka tirai kumpulan itu nanti.

"Saya berazam untuk menjaringkan gol awal bagi menyerap tekanan Jepun yang pastinya begitu garang ketika beraksi di depan ribuan penyokong sendiri.
"Apa yang pasti, kesemua pemain kini begitu bersemangat setelah mempelajari sesuatu ketika tewas 1-0 kepada Oman dalam aksi persahabatan sebelum ini," katanya yang dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan oleh Kim Swee di bahagian serangan.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Tak sabau aku nak pergi tgk bola nih.. Malaysia Boleh.. Roarrrrr

0 Comment for "Jepun Di Pukau Malaysia"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top