Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Populariti Pelancongan Gay

Salam Semua...

Dah kenyang mkn, da solat isyak, apa lagi, bgi blogger mestilah blogwalking and update entri dan bagi pembaca yang ingin dapatkan info ttg apa yg berlaku, surf internet or baca papers, or tgk tv kan..kan..kan.. Ok malam ni santai mlm aku kongsi artikel yang aku petik dri Kosmo mengenai Populariti Pelancongan Gay.. Aku petik, aku credit, aku kongsi okey.. Bukan mcm setengah blogger yg pandai petik tak pandai nk credit.. Bajet mcm hak sendiri, Bile dikenal pasti oleh blogger berkenaan baru terkial-kial nk menjawak.. Hamikk kaww..


Sejauh manakah perkahwinan gay di Nepal dapat mempopularkan industri pelancongan negara itu?
NEPAL mahu mengangkat industri pelancongannya tanpa menidakkan hak golongan gay

IA mungkin kedengaran pelik di sebuah negara yang masih tertutup dan tebal dengan kepercayaan tabu. Tahun ini Nepal akan menyaksikan sebuah perkahwinan diraja yang agak berbeza apabila seorang kerabat diraja India akan berkahwin dengan pasangannya di sebuah kuil Hindu di Kathmandu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Nepal, putera raja itu berkahwin secara terbuka dengan seorang lelaki.Acara tersebut merupakan satu permulaan yang dipercayai oleh penggubal undang-undang Nepal, Sunil Babu Pant akan mendatangkan bisnes yang menguntungkan kepada Nepal. Pant percaya program tersebut dapat melonjakkan industri pelancongan Nepal yang selama ini terumbang-ambing ekoran perang sivil yang berakhir pada 2006.Pant merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang mengamalkan gaya hidup gay telah menubuhkan sebuah agensi pelancongan untuk pelancong homoseksual yang menurutnya didiskriminasi di kebanyakan negara Asia.Pant percaya Nepal yang agak terbuka mengenai isu gay mampu menjana pendapatan bernilai AS$670 juta (RM2.3 bilion) daripada pasaran dunia.

"Jika kami dapat membawa satu peratus daripada pasaran tersebut ke Nepal ia sudah memadai, tapi saya berharap kami dapat menarik sepuluh peratus.

"Pilihan untuk pelancongan gay dalam rantau ini sangat terhad dan tiada saingan dari India atau China. Nepal merupakan salah satu tempat di mana pelancongan pengembaraan boleh didapati," kata Pant yang telah dipilih mewakili satu parti komunis di parlimen.

Pant memberitahu, dia amat teruja sejak menubuhkan agensi pelancongan tersebut, Pink Mountain.Syarikat tersebut menawarkan lawatan bertemakan gay ke tempat-tempat pelancongan utama Nepal termasuk kuil Hindu yang terdapat ukiran tuhan Shiva separuh wanita dan separuh lelaki.Rancangan Pant juga mendapat sokongan daripada Kementerian Perlancongan Nepal yang merupakan sebuah negara Hindu konservatif dan mempunyai polisi progresif mengenai homoseksual di Asia.Dua tahun lepas Mahkamah Tinggi negara tersebut telah mengarahkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memastikan hak golongan gay dan lesbian terbela selepas sebuah kumpulan yang diketuai oleh Pant, Blue Diamond Society menyerahkan satu petisyen.

Cetuskan publisiti

Perlembagaan baru sedang didrafkan oleh penggubal undang-undang yang diharapkan dapat mendefinisikan perkahwinan sebagai satu ikatan di antara dua orang dewasa tanpa menghiraukan gender sekali gus menghapuskan diskriminasi terhadap gender.Setiausaha bersama Kementerian Pelancongan Nepal memberitahu, kerajaan tidak mempunyai polisi yang spesifik terhadap pelancongan gay tetapi mereka menyokong usaha Pant.

"Kerajaan telah mengumumkan misinya untuk menarik satu juta pelancong ke Nepal pada 2011. Ia merupakan peningkatan yang ketara.

"Nepal merupakan destinasi yang selamat sekarang. Kami mahu membangunkan destinasi pelancongan yang baru dan mendapatkan pelancong selepas perang sivil," katanya.

Pada tahun 2009 sebanyak 500,000 pelancong asing telah mengunjungi Nepal. Perkahwinan putera India Manvendra Singh Gohil, kerabat diraja yang pernah memerintah Rajpipla di barat Gujarat, dilihat telah mencetuskan publisiti yang amat diperlukan oleh industri pelancongan Nepal.Pant percaya selepas melangsungkan upacara perkahwinan pasangan lesbian dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) di Mustang, Himalaya banyak lagi acara dan pelancong datang ke Nepal.Pant terdorong untuk meningkatkan ekonomi Nepal dan berharap inisiatif itu dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat marginal di negara miskin itu.

"Kebanyakan pakar kecantikan dan pendandan rambut terbaik di Nepal adalah daripada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Mereka terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan sukar mendapat pekerjaan. Justeru, perkahwinan gay merupakan satu usaha yang membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan tersebut dan kerajaan," katanya. - AFP

Sumber: Kosmo Online

P/S: Port baru utk gay melancong dgn selamat tanpa diskriminasi.. Erk..
0 Comment for "Populariti Pelancongan Gay"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top