You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pelancong Seks di Filifina

Salam Semua...

Sekejap je da ari Sabtu... Pejam celik pejam celik da hujung bulan September.. Yeayy...
Ok la.. Last week aku ada baca paper ttg wanita filifina sangat laku di Malaysia.. Wahhh saham tinggi tu.. Lelaki Malaysia plak mudah diperdaya bile da sedar duit da dikikis baru la menyesal.. Apa la lelaki ni..
Korang baca sendiri la artikel kat bawah ni..



MANILA: Empat puluh peratus lelaki asing yang melawat Filipina ialah pelancong seks.
Kenyataan itu dibuat semalam oleh duta Amerika Syarikat di Manila, Harry Thomas, tetapi disangkal oleh kerajaan Filipina serta-merta.

Berucap pada forum hakim dan pegawai Filipina, Thomas berkata, pegawai negara itu yang rasuah terbabit dalam perdagangan seks.

Beliau mencabar profesyen guaman supaya menyingkirkan mereka.

“Kita tahu bahawa 40 peratus lelaki asing yang datang ke Filipina, termasuk dari Amerika Syarikat ialah untuk seks.

“Ia sesuatu yang bukan membanggakan saya. Ia bukan sesuatu yang anda boleh banggakan,” kata Thomas.


Beliau berkata ia dapat dibuktikan dengan kemunculan begitu banyak bar dan kelab karaoke di sepanjang Roxas-Boulevard, antara jalan utama di Manila dan lokasi kedutaan Amerika Syarikat.

“Rasuah membolehkan bar dan kelab seumpama itu terus beroperasi,” katanya.

Penolong Setiausaha Pelancongan, Domingo Enario bagaimanapun mempertikaikan kenyataan Thomas.

“Kami tidak pasti dari mana beliau memperoleh statistik itu,” katanya. - Reuters

Sumber: Harian Metro  

P/S: Berita semalam aku baca budak ipta sanggup bunuh kekasih sbb tak dapat seks. Macam-macam skang.
0 Comment for "Pelancong Seks di Filifina"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top