You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kereta Ferrari Putus Dua

Salam Semua

Nampak tajuk entri kt atas-- Ferrari Putus Dua?? Hah?? Macam tak logik je kan Ferrari bleh putus dua.. Ferrari tu.. Kereta yang diagungkan oleh segelintir rakyat Malaysia.. Kalau duk Malaysia ngn jalan lubang-lubang tak yah la bawak ferrari.. Aik... *abaikan aku yg melalut.. Ok baca la korg berita kat bawah ni.

Ferrari yang putus dua
LOS ANGELES – Seorang penumpang kereta Ferrari terbunuh manakala pemandunya cedera teruk apabila kereta yang mereka dinaiki putus dua setelah melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke tebing curam, lapor sebuah akhbar semalam.
Penumpang itu, Basil Max Price III, 23, dari Los Angeles, tercampak dari kereta dan mati di tempat kejadian. Pemandunya Vladimir Skortsov, 24, dari Upland berada dalam keadaan kritikal dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan UCLA di sini.
Polis memberitahu, Ferrari 350 M keluaran 1999 yang kini bernilai sekitar AS$100,000 (RM311,375) terjunam ke dalam tebing curam di tepi pantai pada awal pagi di Lebuh Raya Pantau Pasifik.Tiang elektrik itu patah dua. Kenderaan tersebut dilaporkan hilang kawalan semasa dipandu pada awal kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, bekalan elektrik terputus buat sementara waktu ekoran tiang elektrik tersebut patah. – Agensi

Kereta curi ke ni? Ish2..

Sumber: Kosmo Online

P/S: Ferrari pun boleh putuskan..
1 Comment for "Kereta Ferrari Putus Dua"

ish3...kereta idaman aku tuuuuu...but insyaAllah...aku akan cuba milikinya...hahahah

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top