You don’t have to be big. You have to be remarkable

Macam Macam Cerita Hari Ini

Salam Semua...

Start my day dengan penuh rasa mengantuk dan sedikit perasaan demotivated yang membuatkan aku ushar website cari keje kosong untuk diapply. Ada keje yang menarik minat aku cuma tak boleh apply sbb kat tmpt keje. PC macam bangang. Then bukak FB tunggu Lurviey online. Sambil2 tu buat basic call and follow up call.. Mcm2 ragam plak klien ni.. Bukan susah pun.. Mintak follow up dengan boss pun susah ke. Daripada duk melepak mengumpat.. Sabar je la..


-Perasaan aku hari ini spt di atas-

Bile Lurviey da online FB yeayyy rasa motivated balik la kan.. Then tanye Lurviey dpt jumpa tak ari ni. Then he said jumpa esok.. Oh tidak!!!! Aku rasa jantung aku nk tercabut je bile Lurviey ckp macam tu. Aku bersiap bagai nak rak' bleh ckp jmpe esok.. Arghhh aku yang keras kepala ni tak kan putus asa.. Aku nk jugak jmpe ari ni.. Merengek la sikit nk jmpe.. Rindu kot.. Sehari tak jmpe mmg tak keruan.. (simptom awal untuk melangkah ke gerbang perkahwinan). Lastly dapat jmpe jugak.. Yeayyyy... Tak sangka keras kepala aku ni membuahkan hasil yang positif. Lurviey selalu ckp keras kepala mcm mana pun kalau hentak dengan batu berdarah jugak.. Korang tak caya?? Cuba korang cari batu hantuk kat kepala korang.

So abis keje off to Taman Melati. Lupe plak nak topup Touch n Go so apa bleh buat tak leh jln2 mcm biasa la kan.. Terperuk la aku menunggu Lurviey dtg. Confirm jalan jamn nak mampus.. So mcm biasa bile kat Tmn Melati aku tak dpt menahan nafsu aku untuk membeli karipap panas yang dijual kat tempat teksi amik penumpang. Memang terbaek dari ladang la.. Da la murah,besar inti penuh plak tu.. Kentang or Sardin aku pun confuse nk beli yg mana satu. Last2 campur la senang. Da beli tu terpaksa menahan lapar lagi sebab aku tak nak mkn sorg2.. Nk tunggu Lurviey sampai dlu.. Rasa tak sedap hati cekik sorg2.. Ish...

Ok Lurviey da sampai so sambil drive sambil menikmati karipap yang sudah pun suam.. Then Lurviey ajak pergi tukar tayar kereta dlu. Sampai kat kedai tayar tu perghhh.. ni aku nk bergua2 nih..

"Gua tak bleh tahan beb tgk rim kete cantik siot.. Gempak... Gua rasa nak sambar satu biji kete then make up.."
 (ckp nk lebih je kan.. Duit xde. :P but for the time being I seek for properties -home/apartment)

Ushar tanya harga rim utk tayar depan belakang murah kot.. RM 1200.. Mana dpt kat lain. Kat PJ pun tak dpt.. So penggemar rim kete ushar la kat Gombak. Sekian..

Settle baiki kete aku da confuse da nk turun KL ke tak.. Last2 tak jadi.. Singgah kat Giant sebab aku da craving Sizzling kat food court die..Alhamdulillah kekenyangan menikmati rezeki pada hari ni.. Dapat jugak aku makan sizzling setelah lama tak mkn. Abis mkn shopping barang jap,ushar2 keperluan yang nak beli senang nk budget bulan depan kn. Apa yang ada dlm kepala otak aku skang ni adalah aku nk beli oven dan barang2 nk buat kek.. Yess bajet RM150 je kot. Cukuplah utk org bujang mcm aku ni.. Duk kt rumah sewa. Tetiba terasa kegatalan nk kawin cepat2 nih.. InsyaAllah semuanya dlm perancangan.

Abis je shopping then turun KL plak.. mcm biasa port aku kat Nuri Seafood la sebab Tom Yam die memang pekat and kaw2 la kan. Orang thailand masak sure best. Tak percaya korang boleh pergi kat Kg Baru cari Nuri Seafood.

Ok da balik rumah da.. Baru je berpisah tak sampai sejam aku rindu giler kat Lurviey.. Esok tak dpt jmpe.. Tp lusa dapat jmpe.. Plan nk g tgk perlawanan bola Malaysia Jepun.. Yeayy.. Lpe nk gtau tadi aku beli satu rak untuk memudahkan aku letak lappy aku time online. Maklumkan duk rumah sewa kan. Memang la fully furnished tp tak selesa guna orang punye... Beli yang barai memang sakit la aku nk pasang sendiri. Last tyme beli almari zaman pak kaduk yg pakai zip tu pun cincai je pasang. Senget sebelah aku tgk almari aku. Tak pe lah.. Janji dapat letak pakaian. Yang itu lebih penting. So nak tak nak aku terpaksa minta bantuan Lurviey aku pasang la nnti.. Mungkin rabu ni kena bawak balik rak ni.. Adoii.. Asal aku bengap sangat bab benda nih kan.. Kesian betul.. Nak pasang pun perlukan bantuan..

Well mata dah ngantuk da boleh tido.. Esok nk bgn keje.. Semoga ari esok tak demotivated mcm ari ni. Amin.. Selamat Mlm Lurviey, Selamat Mlm Blogger, Selamat Mlm Pembaca.

P/S: Td dpt missed call satu number. Now I wonder office mana call? Interview ke?
0 Comment for "Macam Macam Cerita Hari Ini"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top