Special Offer

Author

Movie: Aku Bukan Tomboy

Salam Semua..

I just realized yang aku da lama tak mengikuti perkembangan perfileman melayu kat Malaysia.. Kesibukan hingga ku pun tak tahu apa citer yang ada kat wayang. Well tengah hari td tgk movie kat youtube then tetiba ter'click' kat official trailer Aku Bukan Tomboy. Aku sure aku da ketinggalan sebab bile tgk trailer tu da beratus ribu yang view trailer nih.. Ish2.. Ketinggalan ko NBL..


Filem Komedi Romantik oleh Skop Production

Well those yg lebih kurang macam aku jom ushar official trailer Aku Bukan Tomboy ni. Terbaik la.. Aku rasa mcm nk pi tgk je nanti..




Sinopsis Aku Bukan Tomboy.

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya.
"Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul.

"Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.

Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.


Shiera pegang watak pengkid

Scha si Tomboy and Shamsul the nerd

Aksi comel Scha Alyahya

Well if tgk citer ni mungkin boleh memahami dunia pengkid. Sememangnya pengkid sering dikaitkan dengan lesbo. Aku pernah tgk budak kolej aku yang couple dgn pengkid. Muka pompuan tu stok panas kat pasaran tapi couple dengan pengkid. Kadang kita as human being jangan terlalu mudah menghukum tanpa memahami apakah sebenarnya yang terjadi dan kenapa mereka jadi macam tu. =)

Apapun jangan lupa saksikan movie Aku Bukan Tomboy di pawagam berhampiran 17 November 2011.Sokonglah filem Melayu..

P/S: Movie yg dihasilkan oleh Skop Production tidak menghampakan penonton.
0 Komentar untuk "Movie: Aku Bukan Tomboy"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top