You don’t have to be big. You have to be remarkable

Realiti Kehidupan

Salam Semua...

Sabtu yang membosankan bagi aku.. Nasib ada internet. Sigh** I wish I can go out with my Lurviey rite now but apa bleh buat keadaan tak mengizinkan. Emm..

Almost 24 years aku menghirup nafas di atas muka bumi ini, pelbagai rencah kehidupan yang dapat aku lihat. Baik kat kampung mahupun di bandar. Realiti kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh setiap individu daripada sekolah rendah hingga ke mati. Aku pasti korang yang singgah baca entri ni mungkin pernah hadapi salah satu situasa yang aku nyatakan. Mungkin juga korang belum hadapi tapi akan berhadapan dengan situasi sebegini satu hari nanti.



1. After Sekolah Menengah
Sanak saudara mesti akan bertanya, dapat offer belajar kat mana, amik jurusan apa,universiti/kolej mana. Let say kalau korang dapat jurusan professional mesti ada yang ckp "wah hebatnya", dan ada juga yang berkata" jurusan tu susah, boleh bawak ke". Kalau dapat jurusan ntah apa-apa and universiti/kolej yang dorg rasa mcm out mula la kata "keje apa la amik jurusan ni".

2. After Uni Life
Lepas je tamat pengajian mesti ada yang sibuk bertanya "da keje ke belum", "keje kat mana and as apa" dan "gaji berapa" .Aku tak faham betul dengan sesetengah masyarakat yang jenis nk busybody. Busybody ngan amik tahu lain ok. Kadang-kadang faktor ni la yg menyebabkan ramai orang stress dan tahap kesihatan mental masyarakat Malaysia semakin merosot. A lot of pressure.. Sigh**

3. After dapat Kerja
Well apa lagi kan lepas da ada keje, ada duit.. KAWIN plak.. time ni la ada yg sibuk nak matching2,kenen2 ngan anak kawan la apa la. Then nak suh cari yang setaraf la. Aduhai.. Taraf tu penting sgt ke bile nak mengadap Tuhan ari kiamat nanti. Aku cukup tak faham kenapa ada manusia yang boleh bersikap sbegini. Tak malu ker??
4. After Kawin
Bile da kawin, mesti semua mengharap dpt anakkan. Tapi sometimes ada yg kawin belum ada anak sebab family planning. Tak kan la nk bgitau kt org kan.. Mula la dengar berita yang kurang enak dari mulut busuk.. Cakap mandul la, tak subur la. Bnda macam ni boleh meretakkan perhubungan. Tolong la jangan menyibuk hal rumah tangga orang.

5. Da dpt anak
Bile da ada anak lega sikit kan. Tapi kalau anak tu cacat,degil, mula la nk mengata. Kalau anak berderet mula la ckp boleh jga ke tak. Adoiii *ting tong kepala otak*

Setakat ni alhamdulillah aku tak hadapi lagi situasi yang 2 walaupun aku da keje xde yang sibuk2 tanye. Terima kasih. Aku tak suka orang yang sibuk2 hal aku. Aku tahu life aku and aku tahu apa yang aku nak. Situasi 4 3 minta dijauhkan daripada sebarang pertanyaan kerana itu boleh mendatangkan kemarahan dan tekanan kepada aku =)

P/S: Tak payah busy body dengan life orang lain.
0 Comment for "Realiti Kehidupan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top