Assalamualaikum
Malas nk ckp lebih.. Baca je berita kat bawah ni.. Baru je kelmarin aku nampak status senior aku yg masih tunggu confirmation utk naik gred.. Sigh**
SEREMBAN - Hampir 15,000 guru yang berjaya menamatkan pengajian di  peringkat ijazah masih ternanti-nanti tawaran kenaikan ke gred DG41  walaupun sebahagian besar daripada mereka telah ditemu duga untuk tujuan  berkenaan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP),  Lok Yim Pheng berkata, terdapat sebilangan daripada guru berijazah  tersebut telah menunggu tawaran kenaikan itu hampir dua tahun.
Katanya, keadaan semakin membimbangkan ekoran semakin ramai guru yang  melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah akan menamatkan pengajian  setiap tahun.
"Kalau ia dibiarkan terlalu lama, kita tidak mahu akan timbul pula  perasaan tidak puas hati kerana tiada maklum balas daripada kerajaan  berhubung perkara ini.
"Mereka sudah menjalani temu duga dan sepatutnya ditawar ke gred  tersebut tetapi sehingga kini, kami tidak tahu mengapa ia masih tidak  dapat dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 
Menurutnya, peruntukan bagi menawarkan guru berkenaan ke gred yang  lebih tinggi telah ada dan NUTP amat berharap tindakan segera diambil  bagi menangani masalah tersebut.
Sumber: Kosmo Online
P/S: Salah siapa?? 

 
0 Comment for "Guru Ijazah Tak Naik Gred DG41"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)