You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kunci Rahsia Dalam Bersyukur

Assalamualaikum

Setiap hari kite memandang disekeliling kite, mengikuti segala perkembangan semasa dan melihat segala kesenangan dan kesusahan orang disekeliling kite. Ok.. choppp nak tukar word kite kepada aku. Ye.. Aku sentiasa mengikuti perkembangan orang-orang sekeliling aku terutama fams and frens. Di sebabkan terlalu mengikuti perkembangan mereka kadang kala timbul rasa cemburu lebih-lebih lagi mmber yg lebih berjaya daripada aku, da amik license utk practice, gaji yg lebih besar dari aku  hingga aku terlupe dengan nikmat yg telah di kurniakan oleh-Nya untuk aku.


Alhamdulillah, impian aku utk tidak menjadi seorang penanam anggur dimakbulkan. Abis praktikal aku rest kejap je then terus dapat keje. Now da genap 6 bulan aku keje. Bile teringat kisah budak kolej aku yg masih mencari keje and also kawan aku yg lain yg masih duk melepak kat rumah tapi dlm kepala otak tgh kusut sebab keje tak de, aku baru sedar bahawa aku lebih beruntung dari mereka. 
Melihat orang yang berada di atas daripada kite menyebabkan kite tidak tahu bersyukur TETAPI dengan melihat orang dibawah kite, betapa bersyukurnye kite dengan nikmat yg telah dikurniakan oleh Allah S.W.T Alhamdulillah.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.(Bukhari)

Huraian:
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:
  • Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
  • Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.
  • Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.
  • Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.



Alhamdulillah





    0 Comment for "Kunci Rahsia Dalam Bersyukur"

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

    Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

    Back To Top