Menghitung Dosa

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. Rasanye da lama tak share dlm segmen rohani kan? Btw semalam baca buku "Keinsafan Di Penghujung Usia" and hari ni aku nak share pasal Menghitung Dosa.


Pada suatu hari Taubah bin Sammah menghitung-hitung dirinya sendiri. Dia menyedari bahawa umurnya sudah mencapai 60 tahun, kemudian dia menghitung hari-hari yang telah ia lalui, jumlah semuanya adalah sebanyak dua puluh satu ribu lima ratus hari.

Menyedari yang demikian itu, ia memekik dan berkata: 
"Aduhai betapa celakanya aku, aku akan bertemu dengan Tuhanku dengan dua puluh satu ribu lima ratus dosa, dan bagaimana pula jadinya dengan nasibku, jika sekiranya setiap hari aku melakukan sepuluh ribu dosa?" 

Selepas itu dia terjatuh pengsan dan ternyata dia telah mati. Kemudian orang yang hadir melihatnya mendengar ada suara yang mengatakan:

"Aduhai betapa bahagianya, ternyata keinsafannya itu adalah suatu loncatan ke syurga Firdaus, iaitu syurga yang paling tinggi."

.
.
.
.
.
.
.

Pernah tak kite fikir berapa lama kite hidup and berapa banyak amalan yg kite buat, sehari berapa kali kita dah sakitkan hati orang sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja dan lain-lain...Sama-sama kite fikir dan muhasabah diri. 


P/S: Peringatan untuk diri sendiri yang kadang kala leka dengan dunia.. =(



8 Komentar untuk "Menghitung Dosa"

tq mengingatkan.... mmng sebagai manusia kita kdg2 terlupa n alpa tentang dosa2 ni!

sentiasa mengingati mati adalah ciri-ciri orang yang beriman... =)
jom saling ingat mengingati =D

betul tu dear kita zaman sekarang terlalu taksub dengan dunia,impian nak cari duit banyak,pakai kereta besar,tanpa kita fikir dunia ini hanya persinggahn disana juga kekal selamanya.

ye la...kta x tahu yg kita dh byk buat dosa tanpa kita sedari...:(

nur selalu fikir nanie, boleh nak di katakan hari2...

betul..nur juga kadangkalanya terleka dengan dunia..hhuhuhu

terkesima. bnyk da silap dan dosa zera ni. :(

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top