Followers

Wednesday, September 26, 2012

Kisah AnNur dan Meow

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.. Hari ni nak story pasal AnNur dan Meow. Ala yg dialog dlm bahasa jawi tu. Aku memula ingatkan kisah tu hanya rekaan je. Rupanye wujud in real life. Comel betul si AnNur ni. :) Artikel ni aku petik dari Kosmo Online.


WANITA itu tekun melipat longgokan pakaian yang baru diambil daripada ampaian rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Kuala Kubu Baru, Selangor itu. Lazimnya begitulah rutin yang dilakukan Rabiatul Adawiyah Lokman, 22. Setiap hari, selepas membantu ibunya, Mahanum Mat Shah, 51, yang mengusahakan perniagaan baulu di kampung itu, barulah dia mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja di rumah.

Bagaimanapun konsentrasi wanita yang lebih mesra dengan panggilan Annur itu sedikit terganggu dengan kehadiran dua 'anaknya'' menyelerakkan pakaian yang telah dilipat.
"Mok, Kiko...Janganlah main-main dekat sini, Annur kan tengah sibuk lipat pakaian," katanya lembut.
Seakan memahami kata-kata yang diucapkan, Mok dan Kiko menundukkan kepala sambil mendiamkan diri.

"Macam ini lah gelagat kedua-duanya. Pantang tengok orang senang, ada saja yang datang nak mengacau atau nak bermanja.

"Itu belum lagi dengan kehadiran Isabel, Bob dan Kecik yang keluar sejak dari tadi lagi. Jika semua berkumpul sekali di rumah, boleh pening kepala dibuatnya," tutur Annur tatkala menceritakan keletah kucing-kucing kesayangannya itu.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, sebelum ini dia tidak berminat membela kucing kerana adik bongsunya, Anis Nurulhuda, 10, mengalami alahan akibat penyakit asma.

"Memang ada kucing-kucing liar yang berkeliaran di luar rumah, tetapi ia hanya datang seketika untuk mencari makanan sahaja," katanya. Klik SINI untuk artikel penuh. *kang aku share artikel penuh ada yg complaint.

Blog AnNur dan Meow Klik SINI
Pages AnNur dan Meow Klik SINI


Sumber Artikel: Kosmo Online 


P/S: Tak tahu nak ckp apa.. Sebab excited baca kisah Meow ni. :)



9 comments:

Deqla manjew said...

wajib baca ni..sebab kisah kucing kan..suka la...hihi...

dya bunga said...

dya suka kucing tp takut nk pegang

fizafantagirO said...

suka tgk kucing yang putih bersih tu :)

amalina husna said...

owh..mcm pernah perasan lar cerita nie..wujud upanyaa..:D

Cik Nur said...

Nanieee..!
lamanya tak datang sini.. :)
rinduuuuww tau.!

pasal an nur dan meoq ni, nur pun ingtkan rekaan..hihihi

QasehnyaRania said...

kusah si meow.. ;)
singgah tengahhari ;)

Chic Na said...

oo kisah benar rupanya. suka gak baca kartun tu.

are_lin@yu said...

kisah benar ya..ayu tak baca lg ni..hehe

IntaNBerliaN said...

laaa kisah betoi ke.. ingat rekaan je...