Special Offer

Author

Jom ke Konvensyen Usahawan Muslim

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam 4 Ramadhan semua...Hari ini ingin saya war-warkan kepada semua usahawan muslim dan bakal usahawan untuk memeriahkan Konvensyen Usahawan Muslim yang akan di adakan pada 7 September 2013 ini. Inilah masanya untuk mencedok ilmu dan 'berguru' dengan tokoh-tokoh terkenal yang berjaya. Inilah juga masanya untuk kembangkan networking anda.  Konvensyen Usahawan Muslim ini bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI) bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. 



Speaker terkenal yang terlibat di Konvensyen Usahawan Muslim adalah (rujuk poster kat atas ni). Ada...

Dato' Husammudin Yaacub- CEO Kumpulan Media Karangkraf
Sebut Karangkraf rasanya 99 peratus tahu apa produk dan perkhidmatan di bawah Karangkraf kan.. 

Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan- Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd.
Sapa tak kenal Al-Ikhsan. Rasanya setiap negeri dan hampir setiap daerah di seluruh Malaysia ada kedai Al-Ikhsan ni. Pelanggan utama for sure la sportmen/sportwomen dan juga peminat sukan. 

Datuk Nadzim Johan- Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sapa tak kenal Datuk Nadzim Johan a.k.a Tok'Ki dalam rancangan Klinik Kepenggunaan yang ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis di Radio Bernama yang memperjuangkan hak-hak pengguna. Bukan sahaja pengguna Islam bahkan pengguna bukan Islam juga. 

Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin- Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
Sapa tak pernah ke Mydin?? Sebut Pasaraya Mydin semua tahu. Dari golongan atasan hingga golongan bawahan semua tahu Mydin kan?? 

Dato Dr Rusly Abdullah (Chef Li)- Mentor Jutawan Senyap
Kalau nak tahu, Dato Dr Rusly Abdullah ni amat menitikberatkan soal idola/mentor dalam apa jua yang kite lakukan. Contohnya, dalam perniagaan. Kite harus ada mentor kite. Saya ada baca tentang Chef Li ni di blog Irfan Khairi (IK)

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi- Penceramah Bebas
Ada yang tak kenal Ustaz Pahrol Mohamad Juoi?? Mungkin kalian tak pernah atau tak sempat buka tv waktu pagi tengok siaran motivasi pagi

Hebat bukan?? Pasti banyak ilmu yang akan dikongsikan sepanjang Konvensyen Usahawan Muslim ini. Sesuai dengan tajuknya "BISNES SEBAGAI FARDHU KIFAYAH"


Untuk maklumat lanjut mengenai Konvensyen Usahawan Muslim boleh layari 


"9/10 daripada punca pendapatan adalah dari perniagaan"


4 Komentar untuk "Jom ke Konvensyen Usahawan Muslim"

mcm best je.. speaker2 semuanya terbaek!!

hebat2 semuanya...
nanie nak pergi ke..?

Entri yang menarik... Good Luck.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini... ;)

Interesting la konvensyen camni..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top