You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Mudah Buat Tinted Lip Balm

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Seperti yang dijanjikan di IG hari ni nak nak publish entri cara nak buat tinted lip balm atau senang cerita, lip balm yang ada color. My fav lip balm adalah Palmers Cocoa Butter Formula, boleh baca [disini]. Biasanye bulan puasa memang bibir super duper kering. Last year yang paling teruk sampai rasa tak selesa. Lip Ice kurang berkesan untuk merawat bibir saya yang kering. Tapi if untuk merahkan bibir tu boleh la. Dah lame da tak beli Lip Ice. Now dah buat lip balm sendiri memang dah tak membeli lagi la kot. Lol... Di sebabkan sikap ketidaksabaran saya nak buat lip balm hari Khamis, maka bekas naturactor yang dah habis saya jadikan bekas lip balm.

Ready? Jom mula...

Bahan-bahan (less than RM5)
Vaseline
Pewarna makanan (saya guna warna pink),; boleh juga guna lipstick atau eyeshadow/blusher
Bekas untuk bancuh (microwave reheatable)
Bekas untuk letak balm
Sudu plastik/Spatula 
Cara-caranya


1. Amik vaseline lebih kurang 1 sudu. Kemudian masukkan pewarna makanan secukup rasa warna. Gaulkan dua dua bahan ni, memang susah nak bagi sebati sebab tekstur vaseline yang agak pekat dan likat.



2. Kemudian panaskan dalam microwave selama 4 minit (saya buat temp paling tinggi). Dah cair kacau dulu, kemudian terus masukkan dalam bekas (saya guna bekas naturactor yang dah habis)


  3. Sejukkan dalam fridge selama 10 minit, voila, dah jadi tinted lip balm. 


4. Swatches kat tangan saya. Nampak tak tekstur die masih same seperti vaseline biasa cume ada warna. Boleh buat gloss jugak nih! 


5. On my lips (no edit, no filter).


Mudah kan? Selamat mencuba. Untuk lain-lain DIY boleh klik menu tabs DIY CHEAPSKATE! Vaseline bagus untuk merawat bibir kering. Cepat terawat dan murah!



0 Comment for "Cara Mudah Buat Tinted Lip Balm "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top