You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tips Memilih Jurusan di Universiti Untuk Pelajar Lepasan STPM

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

STPM dah keluar, tahniah diucapkan untuk semua! Lepas ni fikir nak isi borang UPU semua. Dan time macam ni la ramai yang mencari info berkaitan dengan program yang ditawarkan oleh IPT awam atau swasta. Kalau ada program Jom Masuk U tu better pergi sebab kat situ banyak maklumat akan dapat. Kalau zaman me dulu rasanye macam tak de je. Ke me yang tak amik tau? Isi pun ikut minat sendiri and main bantai je isi borang UPU. Sekali dapat UM! Sentap hatiku.. (masa tu la... dah masuk and belajar dah ok and suka daaa- nak tau kenapa, baca kat bawah sekali)


Sekadar berkongsi sedikit tips yang perlu diambil kira untuk memilih jurusan di universiti.

Jurusan yang Selaras Dengan Cita-Cita Minat dan Bakat

Setiap individu ada cita-cita tersendiri, pilihlah jurusan atau program yang mengarah pekerjaan yang kalian inginkan. Pertimbangkan faktor intelektual, minat dan bakat. Bagi kalian yang hadir ke event seperti Jom Masuk U pasti ada booth yang menawarkan untuk kalian check IQ, bakat dan sebagainya. Ambil peluang yang ada untuk mengenal pasti potensi diri kalian. FREE lagi tau. Kalian boleh ambil ujian bakat, ujian personaliti, ujian kerjaya.

Sesuaikan program/jurusan yang ingin diambil dengan minat dan bakat. Jika kalian tidak suka melukis, jangan ambil kursus seni lukis. Jangan hanya kerana tidak ada pilihan lain anda meletakkannya sebagai pilihan yang terakhir. Nope! (Silap-silap dapat pilihan last tu, masaklah lah nak menghadap selama 3 atau 4 tahun). Memilih jurusan yang kalian suka disertai dengan bakat yang ada untuk diperkembangkan merupakan pilihan yang tepat.

Dapatkan Maklumat Daripada Pelbagai Sumber.

Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin untuk membuat pilihan jurusan yang kalian inginkan. Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti orang tua, saudara, pak cik, mak cik, senior atau yang paling mudah adalah dapatkan pertolongan dari cikgu kaunseling kalian! Banyak maklumat kalian boleh dapat dari cikgu kaunseling. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan maklumat tersebut secara PERCUMA. Kalau pergi kat pusat kerjaya (tak pasti di Malaysia ada or tak) pastinya bayaran dikenakan untuk setiap sesi. Kalau ada ujian ujian psikologi seperti yang saya beritahu sebelum ni jangan segan-segan mintak. Cikgu kaunseling mesti ada maklumat tersebut! Selain itu boleh juga dapatkan maklumat daripada internet. Dunia dihujung jari kan, maka google je. Berapa saat je maklumat dah keluar. Zaman saya dulu internet tak de kat rumah. PC ada la. Nak isi borang UPU kena pergi Cyber Cafe dengan kawan. Nak dapat submit tu berjam jam duduk kat CC.

*banyak kali guna kata seru sebagai penegasan betapa pentingnya proses pemilihan jurusan yang secara langsung menentukan kerjaya di masa depan - unless y'all ada perancangan nak meneruskan bisnes family etc*

Masa Depan Kerjaya dan Peluang Pekerjaan.

Adalah penting untuk kalian melihat ke hadapan selepas tamat kuliah. Adakah jurusan yang kalian ambil mampu menempatkan kalian dalam bidang yang kalian ceburi. Di sebabkan peluang pekerjaan sangat terhad hari ini, ianya merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jurusan.


Komitmen Masa Hadapan

Lihat jauh ke hadapan, adakah kalian bersedia dengan komitmen kerjaya yang dipilih. Setiap pekerjaan ada komitmen tersendiri. Jangan hanya mengejar status tetapi tidak sanggup untuk komitmen. Jangan jadi doktor jika tidak sanggup untuk ON CALL tengah malam. Jangan jadi tentera jika takut berperang. Jangan jadi cikgu, kalau tidak sabar dengan sikap pelajar. Jangan jadi tukang masak jika tidak suka memasak.

Alternatif yang Ada

Alternatif yang dimaksudkan di sini adalah sebagai persiapan andai kata kalian tidak terpilih dengan pilihan yang pertama. Jadi pastikan pilihan yang kalian isi itu merupakan pilihan yang relates dengan minat dan cita-cita serta bakat. Jangan sesekali letak jurusan seni kalau kalian memang tak tahu seni dan tak suke subjek seni. Dan jangan pula kalau kalian minat jurusan undang-undang, pilihan pertama hingga akhir kalian letak jurusan yang sama.

Sekian saje tips dari saya. Those yang mencari jurusan kaunseling boleh baca kat bawah ini




Buatlah pilihan yang bijak!

0 Comment for "Tips Memilih Jurusan di Universiti Untuk Pelajar Lepasan STPM "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top