Special Offer

Author

Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bagi Orang Kurus



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
 

Orang lain sibuk nak kurus badan kite sibuk nak tambah berat badan. Lol... Biasalah.. Manusia tak pernah puas. Bile kurus dikutuk. Bile gemuk pun kena kutuk. Normal? Bergantung kepada diri sendiri. Cuz definition terhadap sesuatu kecantikan itu terlalu subjektif hingga ada yang sanggup bertindak diluar batasan untuk mencantikkan diri. Tepuk dada tanya badan sendiri. Underweight seringkali dilihat sebagai tidak sihat, jelek, buruk, hodoh. But for me underweight is not that bad asalkan badan sihat itu pun dah cukup Alhamdulillah. Being a skinny macam-macam kata orang duk kata sampai at one point 'lantak korang la nak kata apapun, aku tak kisah janji aku tak de perut berlipat macam hang' - kinda rationalization. **no hard feeling** Same jugak situasi orang gemuk di mana nak bela diri and nak feel good about badan sendiri kan.. 'Buat apa nak kurus, tulang jaaa... macam tengkorak hidup, tak cantik bla bla bla..' ni pun rationalization. Wat lek wat peaceeee sudah.. Gemuk kurus yang penting sihat! 

Macam-macam cara sebenarnya nak naikkan berat badan ada yang bagus dan ada yang tak bagus.  Cadangan paling win 'minum appeton weight gain  makan lemak banyak-banyak'. WTH! Ada ke nak suruh makan lemak banyak-banyak?? Bahaya tau tak! Tengok kat forum banyak jugak orang share tips based on pengalaman sendiri. Badan setiap individu kan berbeza. Mane yang rase boleh ikut tu cuba lah kan! Ingat pulak kat sorang makcik kat kedai makan ni cakap tunggu KAHWIN nanti gemuk la.. Grrrrr..

TIPS MENAIKKAN BERAT BADAN.

1) Makan, makan dan makan
Bagi sesetengah orang, sebolehnya mereka akan mengurangkan makan kerana takut untuk naik berat badan. Tetapi bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan, cara yang paling efektif adalah dengan kerap makan dalam masa sehari. Jika sebelum ini anda hanya mengamalkan dua atau tiga kali makan setiap hari, kini anda perlu amalkan memakan sebanyak lima hingga enam kali dengan kuantiti yang sederhana serta padat dengan nutrisi yang baik untuk tubuh. Namun, tidak bermakna anda boleh makan makanan segera atau gula yang lebih, tetapi perbanyakan protein dan karbohidrat.

2) Makan sumber makanan lemak yang baik
Ini bermaksud anda perlu perbanyakkan mengambil buah avokado, produk susu, kacang, dan daging. Jangan sekali ambil ais krim, kentang goreng segera, dan makanan segera yang lain.

3) Ambil lebih protein
Walaupun mitos mengatakan yang protein hanya membina otot pada tubuh, namun sebenarnya ia membina seluruh tubuh badan termasuklah otot, tulang, kulit, rambut dan darah. Antara makanan yang lebih protein ialah daging, keju, susu, ikan dan telur. Bagi mereka yang vegetarian, protein boleh didapati dari produk soya seperti tofu, nasi, jagung atau kacang.

4) Makan lewat malam
Tanpa perlu menambah keperluan makan anda sehari, anda hanya perlu tukar masa makan malam. Jika sebelum ini anda kerap makan malam pada jam 7, kini anda perlu ganjakkannya kepada pukul 9 malam dan ke atas kerana ia berkesan dalam menaikkan berat badan.

5) Lakukan senaman
Tidak bermaksud yang anda ingin naikkan berat badan dan anda tidak boleh bersenam. Ia sebenarnya lagi menggalakkan berat badan anda naik serta mencantikkan tubuh badan agar lebih fit dan sihat. Sebolehnya lakukan senaman squat dan pull-up untuk memejalkan bahagian bentuk badan.

Pengalaman saya sendiri untuk menaikkan berat badan.
I am skinny. Makan banyak tapi dalam portion yang sederhana dan kerap. Contohnya, kalau makan nasi yang memang kena dengan tekak perghhhh pukul 1 makan, lepas tu pukul 2.30 makan lagi then kalau rasa lapar lagi pukul 6 makan lagi. Makan ke apa nih? Depend jugak kan sebab bukan kuantiti makanan tapi kandungan nutrisi yang ada dalam makanan tu. Kalau bab nutrisi ni bukan saya pandai sangat pun. Sebab tu kadang kena tipu iklan konon cakap makanan ni sihat, low fat, no sugar walhal amikkawww.. Memang kawwww kandungan yang tidak menyihatkan. Makanan paling win untuk gain weight for me adalah makan telur dan kentang. Dua makanan ni memang menaikkan berat badan saya. Tapi kena makan selalu lah. Makan lewat? Makan lewat tak berkesan untuk menaikkan berat badan saya. Since sekolah menengah lagi selalu berjaga study sambil tengok tv, pukul 1 pagi lapar terus masak kat dapur. Masak sup sayur, masak sup ikan. Lepas tu ratah. Tak naik pun!!! Lakukan senaman? YES. IT WORKS! But for those yang skinny kena kurangkan cardio tapi lebihkan untuk strength workout. Seriously, saya dah jadi addict gile dengan strength workout. Dasar FITNESS FREAK! Workout bukan untuk jadi kurus tapi sebenarnya untuk fit. Umur makin hari makin meningkat. Bile kurang bersenam badan cepat letih. Tak payah pening-pening kepala or malu nak keluar workout kat luar or gym. Workout je kat rumah. Kalau kreatif barang dalam rumah tu pun boleh jadi bahan untuk workout. Tapi lebih elok kalau ada fitness tool cuz lebih efektif. Buat squat untuk sexy thigh and butt. Dari tips yang ada di atas tu yang saya boleh maintain workout and pengambilan protein je at the moment. Protein tu dari makanan bukan supplement. Cuz nak cari supplement macam protein powder etc tu kena research dulu. Dulu pernah consume 21st Century protein powder. Sumpah... nak muntah. Grrrr..

Kesimpulannya adalah, bukan gemuk atau kurus tetapi SIHAT. Bukan kecantikan fizikal yang perlu diutamakan kerana semakin ke hadapan semakin berubah fizikal kite. Yang penting kecantikan dalaman. Cantik itu subjektif. Love yourself and you will love your body!


0 Komentar untuk "Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bagi Orang Kurus"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top