You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cardio Workout Routine Tanpa Alat Senaman

 Senaman Tanpa Alat Senaman | Indoor Workout Tanpa Alat Senaman | Cardio Workout Routine | Senaman Tanpa Beban



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Entri pertama bulan mac, entri ke seribu empat ratus tujuh puluh tujuh, hari ke lima puluh sembilan tahun dua ribu lima belas. Entri yang sepatutnya publish bulan januari. Tapi di sebabkan bulan januari baru nak 'panaskan enjin' untuk workout makanya yang ada hanya tajuk je.


Biasanya kalau workout saya lebih suka workout indoor dari outdoor. Well, introvert memang tak suke melibatkan diri dengan aktiviti luar (mostly la, tak kata pun semua cuz ada je introvert yang suke outdoor activities). Outdoor activities yang saya suke hiking. Tapi hari ni bukan nak cakap pasal hiking tapi pasal workout. Dua minggu lepas start workout secara teratur, at least buat dari tak de langsung. Focus more to cardio dan abs workout je. Buat cardio pun dah cukup sebab most of cardio movement tu dah merangkumi lower and upper body. Depend pada program yang kalian ikut atau follow. Kalau saya memang follow salah satu apps yang saya download tiga tahun lepas kat iPhone. Boleh download di App Store. Dalam apps tu boleh pilih sendiri nak buat berapa minit sama ada nak buat 5 minit, 7.5 minit atau 10 minit. Ada macam-macam jenis cardio tapi yang kat bawah ni yang saya selalu buat.
Cardio
Lari setempat
Jumping jack or so called star jump
Knee ups
Butt Kickers
Mountain Climber Pulls (wajib buat setiap hari kalau tak dapat buat yang lain buat yang ni sebab this is sooo goood to maintain washboard abs- mcm gambar kat atas tu) 
Steps Ups
Plie Squat Hops
Ski Hops
Shuffle Punches (pergerakan ni remind me to body combat yang saya follow which help y'all to get rids flabby arms)
Jump Rope (tali skipping)
Squat pun saya buat, tapi untuk buat cabaran squat 30 hari tu macam susah je. Kena ada motivasi yang tinggi untuk buat cabaran squat. Nak tambah dari 20 ke 30 ke 40 setiap hari hingga 150 squat hari ke 30 memang gigil le. Dapat maintain 15-20 je sehari setakat ni. Nak lebih memang ambil masa. So focus pada abs workout je. Squat bukan bagus untuk butt je tapi also untuk toning peha dan also cantikkan betis (based on my own experience, bukan dari kaca mata seorang fitness expert ye) 

Kalau bosan nak workout sorang boleh ajak kawan-kawan atau boleh join mane-mane fitness centre atau join program Kevin Zahri, Jom Kurus Satu Malaysia. Ramai kot orang yang join. So those yang nak kurus cara sihat boleh la join. Nanti ada masa saya share pasal Diet Atkins pulak. Last month ada borak dengan rumet pasal diet atkins and die salah seorang ex follower diet atkins. Lol... 

Orang selalu mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa saya workout walaupun skinny? Tak perlu exercise bla bla bla.. The best way to gain my weight is dengan workout + makan. Kalau makan sahaja without exercise memang susah nak gain weight walaupun makan tahap melantak kebulur. Acah jeee... Maksudnye walaupun makan banyak susah nak naik even 1kg. Nak turunkan berat badan sangat mudah. Mind set kena ubah. Exercise atau workout bukan untuk kurus, tapi untuk kesihatan. Untuk jantung, untut pergerakan otot, stamina etc.

Kenapa tak makan ubat gemuk? MENGARUT! My mom dulu pun kurus, kire faktor genetik la ni. And she said, pernah mintak vitamin dengan doc (zaman muda remaja la) but doc suggest kat mama tak perlu sebab naik badan pun jadi tak cantik. Nak gain weight biar secara semulajadi. Jadi kenapa saya nak bazirkan duit untuk beli ubat gemuk, sedangkan dengan consume beberapa jenis makanan yang sememangnya boleh menaikkan berat badan plus, ada khasiat lagi. Nak tahu makanan apa untuk naikkan berat badan? Nanti saya update di entri lain.



0 Comment for "Cardio Workout Routine Tanpa Alat Senaman"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top